Tuesday, October 21, 2008

Peperiksaan Akhir Tahun 2008

Selamat menduduki Peperiksaan Akhir Tahun 2008 untuk pelajar tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4. Semoga berjaya mencapai keputusan yang cemerlang.

Wednesday, October 8, 2008

Persediaan Akhir Menjelang Peperiksaan

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan�
�Nak seribu daya tak nak seribu dalih�
�Berpantang maut sebelum ajal�(Pepatah Melayu)
Selagi ada ruang dan peluang sebagai seorang pelajar anda mesti mengambil dan menggunakan kesempatan ini. Kita jangan sekali-kali berserah kepada takdir semata-mata tanpa didahului dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Justeru itu pada saat-saat akhir ini disarankan supaya pelajar mempraktikan perkara-perkara berikut:
1. Hindari Kerisauan.
Kerisauan yang melampau boleh memberi tekanan terhadap mental dan emosi. Ini adalah perkara biasa tetapi masih memerlukan pengendalian yang sistematik kerana masalah emosi dan psikologi khususnya, boleh menjadi penghalang kepada proses pembelajaran jika tidak ditangani dengan baik.malah jika tidak ditangani dengan berkesan kesihatan diri juga boleh terganggu. Oleh itu pelajar perlu bertenang dalam meniti hari sehinggalah hari peperiksaan nanti. Pun begitu kerisauan yang sedikit boleh menjadi suatu tenaga yang positif kerana membantu pelajar supaya tidak terlalu leka sebelum menduduki peperiksaan.
2.Solat Hajat Dan Berdoa.
�Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.� (Surah al-Baqarah:153)Oleh itu lakukan solat hajat dan berdoa banyak-banyak terutamanya malam menjelang peperiksaan. Sesungguh orang yang tidak berdoa dan memohon kepada Allah adalah orang yang sombong kepada-Nya.
3.Tidur Secukupnya.
Tidurlah sekitar pukul 11.00 malam dan bangun pula ada pukul 5.00 pagi. Tidur yang tidak mencukupi akan mengganggu penumpuan anda ketika hendak menjawab soalan peperiksaan.
4.Solat Subuh Dan Berdoa.
Pastikan anda bangun awal dan solat subuh serta berdoa agar anda diberikan ketenangan dan berjaya dalam peperiksaan.
5.Pastikan Urusan di Bilik Air Selesai.
Jika urusan ini tidak selesai dikhuatiri akan mengganggu kelancaran perjalanan peperiksaan anda.
6. Lupakan Sebarang Masalah.
Tenangkan fikiran dan cuba lupakan semua masalah yang tidak berkaitan. Elakkan diri daripada menghampiri atau memikirkan perkara-perkara yang boleh mendatangkan masalah.
7. Ambil Sarapan Pagi.
Anda mesti makan sarapan pagi yang mencukupi sebelum menghadapi peperiksaan. Ini kerana ia mampu meningkatkan daya ingatan anda.
8. Penampilan Diri Yang Kemas.
Aspek ini penting kerana jika berpakaian yang tidak sesuai akan timbul masalah seperti pelanggaran peraturan dalam peperiksaan dan anda mungkin dihalang daripada menduduki peperiksaan tersebut.
9. Datang Awal Ke Dewan Peperiksaan.
Pastikan sentiasa data sekurang-kuranganya 15 minit sebelum anda dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan. Jika anda daaing lewat anda akan berasa cemas dan kelam kabut . ini akan mengggangu tumpuan menjawab soalan.
10. Semak Semua Peralatan Dan Dokumen Penting.
Pastikan semua peralatan dan dokumen penting iaitu alat tulis, kad pengenalan diri, slip peperiksaan dan lain-lain yang berkaitan telah di bawa dan letakkan semuanya di atas meja tulis setelah anda memasuki dewan.
11. Jangan Membawa Barang Terlarang.
Nota, buku, bahan bercetak dan sebagainya jangan sekali-kali dibawa masuk ke dewan peperiksaan walau apa tujuan sekalipun.

12. Masuk ke dalam dewan peperiksaan Dengan Tenang.
Ketika memasuki dewan peperiksaan, mulakan dengan kaki kanan dan bacaan �bismillah.� Duduklah di tempat yang telah disediakan untuk pelajar. Mohonlah doa kepada Allah supaya sentiasa tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan baik.
13. Dengar Dan Ikut Arahan Pengawas Peperiksaan.
Akur terhadap semua arahan yang dikeluarkan oleh pengawas peperiksaan.
14. Yakinkan Diri.
Sematkan bahawa pelajar akan berjaya. Kenangkan kembali segala kejayaan anda sebelum ini dan tidak ada sebab anda tidak berjaya pada kali ini.
INGATLAH!!!!PEPERIKSAAN BUKAN SUATU ANCAMANtetapiPEPERIKSAAN ADALAH KAYU PENGUKUR (measuring stick)KEPADA PENCAPAIAN DAN KEMAJUANDIRI ANDA