Wednesday, September 24, 2008

Sekadar Renungan

Hari ini, 24 Ramadan 1429 H, bermakna sekarang kita berada dalam lingkungan sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan ini. Beberapa hari saja lagi kita akan meninggalkan bulan yang penuh barakah ini. Ramadhan akan meninggalkan kita. Dan kita tidak tahu sama ada kita akan berjumpa dengan Ramadhan akan datang atau tidak. Adakah umur kita dilanjutkan sehingga sempat bertemu Ramadhan yang baru, atau kemungkinan inilah Ramadhan kita yang terakhir.

Maka sebelum kita meninggalkan Ramadhan ini, marilah sama-sama kita renung kembali, apakah yang telah kita isikan pada hari-hari yang lepas. Apakah amalan-amalan, ibadah-ibadah yang boleh kita persembahkan kepada Allah kelak, ibadah-ibadah yang boleh kita banggakan dihadapan Allah kelak. Sudahkah kita merebut peluang-peluang yang telah disediakan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini, atau adakah kita telah mensia-siakannya?

Beruntunglah mereka yang telah benar-benar manfaatkan masa mereka di bulan Ramadhan ini untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah. Pada siang hari mereka berpuasa. Berpuasa bukan sahaja perut mereka, malah berpuasa seluruh anggota badan mereka. Mereka menjaga mata mereka dari melihat pandangan yang haram. Mereka menjaga telinga mereka dari mendengar yang haram. Mereka menjaga lidah mereka dari berkata yang sia-sia. Kemudian pada malam harinya, mereka penuhkannya dengan ibadah, dengan solat terawih, solat witir dan solat tahajjud. Siang dan malam mereka penuhkan masa mereka dengan membaca Al-Quran. Untuk mereka pengampunan dari Allah dan balasan yang berlipat ganda. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang seperti ini,

Adapun mereka yang cuai, yang leka dari merebut peluang bulan Ramadhan ini, maka sedarlah. Sedarlah bahawa Ramadhan adalah bulan hadiah dari Allah, bulan dimana segala pintu syurga dibuka dan segala pintu neraka ditutup. Bulan dimana Allah s.w.t melepaskan hamba-hambanya dari neraka pada setiap malam. Adakah kita termasuk dalam golongan tersebut?
Maka bagi orang-orang ini, ketahuilah bahawa Ramadhan masih ada sisa-sisa harinya. Masih ada peluang untuk merebut pengampunan dan rahmat dari Allah. Ambillah peluang ini. Rebutlah anugerah Allah. Janganlah sampai Ramadhan meninggalkan kita tanpa mendapat pengampuan dari Allah.

Sepuluh malam terakhir dari Ramadhan merupakan antara malam-malam yang istimewa. Didalamnya ada satu malam yang teramat istimewa. Malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Alangkah beruntungnya mereka yang dapat beribadah pada malam ini. Sesungguhnya dia seperti telah beribadah lebih dari 1000 bulan atau lebih 83 tahun. Inilah hari-hari sepuluh yang terakhir. Hari-hari dimana Rasulullah s.a.w giat beribadah dan beritikaf di masjid. Bilakah akan berlaku Lailatul Qadar? Tidak ada yang tahu dengan tepat. Allah s.w.t merahsiakannya dari manusia agar kita sentiasa giat beribadah pada setiap malam, agar bersua dengan malam Lailatul Qadar.

Malangnya, pada malam-malam inilah godaan nafsu begitu kuat. Pada sepuluh hari terakhir inilah sebilangan umat Islam semakin leka dan cuai. Leka dan cuai dari beribadat kerana sibuk memikirkan dan bersiap untuk menyambut kedatangan Aidilfitri. Ada sebahagian dari kita yang sanggup mengorbankan solat Terawih mereka, hanya sekadar ingin berbelanja bagi menyambut Aidilfitri. Oleh itu kita lihat jemaah yang bersolat di masjid-masjid berkurangan apabila Hari Raya semakin dekat. Alangkah sedihnya! Alangkah ruginya!

Ada juga sebahagian kita yang sanggup mengorbankan tidur mereka kerana bersiap-siap menyambut Aldilfitri. Adakah mereka juga sanggup menggorbankan tidur mereka untuk mengerjakan solat Tahajjud dan ibadah-ibadah lain? Menjelang akhir Ramadan ini, suasana kehadiran Syawal telah mulai dirasai dimana-mana. Gedung-gedung membeli belah yang menawarkan jualan murah penuh sesak dengan para pembeli yang tidak mahu ketinggalan melengkapkan persiapan di saat akhir. Di malam hari, lampu-lampu berbentuk ketupat menghiasi jalan-jalan menjadikan pemandangan malam sungguh indah. Tidak ketinggalan para ibu mula membuat atau membeli kuih muih untuk dihidangkan di hari yang mulia ini. Nada dering bertemakan lagu-lagu aidil fitri mula kedengaran melalui telefon-telefon bimbit. Era globalisasi yang menyaksikan ledakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) seolah menggalakkan fenomena tidak sabar meninggalkan Ramadhan.

Bila diperhatikan situasi umat Islam masa kini, kita akan dapat melihat suatu keadaan yang amat menyedihkan. Disatu sisi, kita melihat umat Islam amat ghairah menjelang saat-saat akhir sebelum Pemegang Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan penetapan tarikh Syawal bagi bumi Islam Hadhari ini. Kepada pembeli, semua senarai semak (checklist) telah disiapkan. Berapa pakaian baru hendak dibeli, apa perabut yang perlu ditukar, kedai mana yang akan menyiapkan langsir. aktiviti bersolat tarawih, bertadarrus dan melakukan qiamullail yang sepatutnya direbut, diremehkan. Semuanya menjurus pada satu tujuan iaitu menyambut Syawal dengan penuh kemeriahan dan gilang-gemilang.

Pada hari raya Aidilfitri pula, seluruh umat Islam tidak kira di mana dituntut ziarah sesama sendiri tanpa mengira perbezaan martabat dan kedudukan bagi mengukuhkan lagi silaturahim. Di samping bergembira dan berpakaian cantik, kita diingatkan agar tidak lupa golongan yang kurang berkemampuan.

Percaya atau tidak, dengan tibanya hari raya, umat Islam sekali lagi akan diuji dengan dua perkara iaitu keinginan hawa nafsu dan tuntutan untuk melaksanakan perintah agama. Walaupun sepanjang Ramadan kita berjaya mengekang nafsu makan dan minum serta semua aktiviti yang tidak bermoral bagi memelihara pahala puasa, ujian yang lebih mencabar lagi ialah ketika menjelang raya. Pertama sekali, manusia akan diuji dengan tuntutan nafsu makan. Pada pagi raya pelbagai juadah disediakan bagi meraikan hari kemenangan umat Islam. Kedua, ujian memenuhi tuntutan agama, amalan ziarah-menziarahi sesama saudara seagama atau sekadar lalai dan leka dengan berhibur depan televisyen.

Seperti tahun sebelumnya, musim perayaan sinonim dengan sambutan yang penuh kemeriahan dan penuh dengan hiburan serta keseronokan. Ketika inilah manusia seakan membalas dendam dengan melakukan apa saja yang terhalang ketika dalam Ramadan.
Manusia berlumba-lumba memenuhi segala keperluan diri dari segi pakaian baru yang cantik, kelengkapan hiasan yang serba baru dan mewah serta pelbagai aktiviti hiburan berlebihan. Lebih mengharukan ada umat Islam ini yang berbelanja berlebihan hingga berlaku pembaziran dan lebih mengutamakan hiburan daripada amalan ziarah-menziarahi dan tolong-menolong sesama Muslim. Tambahan pula apabila program hiburan begitu banyak di televisyen, amalan ziarah-menziarahi sudah tidak kerap dilakukan masyarakat terutama golongan muda. Mereka lebih gemar menonton program hiburan di TV.

Fenomena ini mengelirukan masyarakat mengenai yang mana satu perlu diutamakan, sama ada duduk di rumah saja sambil berhibur dan menghabiskan sendiri kuih muih atau memenuhi tuntutan agama, menziarahi saudara mara dan jiran tetangga. TV bukan saja memberi kepuasan kepada penonton, malah berperanan sebagai pengisian agenda hari raya. Keadaan seperti ini sebenarnya mendatangkan masalah kepada individu dan masyarakat.

Mereka gagal memberikan keutamaan yang sepatutnya pada hari raya. Mereka gagal melaksanakan tuntutan agama iaitu menyambut perayaan sebagai landasan bagi mengeratkan persaudaraan dan semangat perpaduan. Mereka juga gagal dalam menghayati erti sebenar perayaan kerana dicemari dengan hiburan yang menyalahi tuntutan agama. Keinginan yang tinggi untuk menonton TV daripada menziarahi saudara mara adalah satu penyakit atau gangguan yang melanda umat Malaysia. Yakinlah, satu hari nanti amalan ziarah-menziarahi pada hari raya tidak akan dapat dinikmati dengan meriah oleh cucu cicit kita jika perkara sedemikian tidak dibendung dan diatasi dengan penuh hikmah. Adalah menjadi harapan agar timbul kesedaran dalam diri kita supaya dapat membuat perancangan awal untuk menziarahi saudara mara pada hari lebaran nanti daripada menonton TV kerana Aidilfitri hanya setahun sekali. Sekian, Wallhua’lam.

Wednesday, September 10, 2008

Soalan dan Jawapan Tutorial Tingkatan 4, Bab 8

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Soalan1: Nyatakan kesan kedatangan islam terhadap politik di Tanah Melayu dari aspek pentadbiran.
Sistem pemerintahan yang diamalkan di tanah melayusebelum kedatangan islam ialah institusi pemerintahan beraja yang dipengaruhi oleh tradisi hindu-buddha yang dikenali konsep dewa-raja.Selepas kedatangan Islam,golongan raja telah mula menitik beratkan konsep-konsep islam.Sebagai contoh istilah raja telah ditukar kepada istilah sultan.Sultan kini juga dianggap zillulah fil-ardh dan fillulah fil-alam yang bermaksud bayangan atau wakil allah di muka bumi.Gelaran seperti khalifatul mukminin yang bermaksud pemimpin orang mukmin turut digunakan seperti di Melaka dan Pahang.Untuk meningkatkan kedudukan seseorang sultan ,tokoh-tokoh islam seperti Iskandar Zulkarnain dijadikan asas nasab keturunan sultan.Golongon ulama juga mempunyai hubungan yang erat dengan sultan kerana mereka merupakan penasihat sultan dalam hal keagamaan,pemerintahan dan pentadbiran.
Dikebanyakan negeri-negeri Melayu, sultan merupakan orang yang paling berkuasa dan baginda dibantu oleh pembesar berempat (bendahara, temenggung, laksamana, bendahari dan temenggung). Selain itu, terdapat pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua. Di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih, pemerintahnya ialah Yang Di-Pertuan Besar. Dalam masyarakat Melayu, institusi kesultanan berkait rapat dengan konsep daulat. Konsep ini walaupun tidak wujud secara bertulis, namun dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya dan menjadi pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep ini Berjaya mengangkat kedudukan seseorang raja atau sultan ke tahap yang begitu tinggi dan ia Berjaya menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi kesultanan. Kedaulatan seseorang sultan juga dapat digambarkan melalui istiadat seperti istiadat pertabalan sultan yang dijalankan dengan penuh tertib dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Soalan 2: Terangkan kesan kedatangan Islam terhadap politik di Tanah Melayu dari segi perundangan
Sistem perundangan amat penting untuk menjamin keharmonian hidup. masyarakat Dari peraturan tingkah laku digubal menjadi undang-undang.Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.Undang-undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat.Adat terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih(Negeri Sembilan dan Naning) dan Adat Temenggung(negeri-negeri lain).Dalam Adat Perpatih musyarawah asas dalam pentadbiran dan penyelesaian masalah yang dihadiri oleh perwakilan semua suku.Terdapat 12 suku yang dianggap keluarga yang besar dan diketuai oleh ketua dat yang dikenali sebagai Lembaga.Ketua di pelbagai peringkat dilantik oleh ketua kumpulan peringkat bawah.Adat ini diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung,Sumatera.Adat ini juga bersifat matrilineal iaitu keturunan yang lebih mengutamakan jurai keturunan ibu iaitu anak perempuan diberi hak mewarisi harta. Adat Temenggung pula berasaskan system parilineal yang mementingkan sebelah keturunan bapa iaitu anak lelaki lebih diutamakan dalam pembahagian hartanya pusaka.Ini bertepatan dengan hukum faraid dalam Islam.Setiap individu bebas berkahwin dengan sesipa..Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dari Palembang,Sumatera.Pada mulany dipengaruhi ajaran Hindu kemudian bersesuian dengan ajaran Islam.
Undang-undang bertulis adalah peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat seperti Hukum Kanun Melaka.Orang Melayu berpegang pada perundangan yang berasal daripada agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam.perundangan Hindu berpegang pada Hukum Kanun Manu yang membezakan jenis hukuman berdasarakan kelas seseorang itu.islam mengubah hal ini,undang-undang bertulis diperkenalkan seperti Undang-umdang Pahang, Undang-undang kedah dan sebagainya..semua kitab ini menjadi pencorak pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.Hukum Kanun Melaka misalnya menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar,pantang larang dalam masyarakat dan permasalahan ibadah.kesan daripada kekuatan islamdapat dipaparkan melalui fasal-fasal tersebut..undang-undang bertulis ini menjadikan masyaraakt lebih tersusun kerana segala perlakuan,tanggungjawab serta hukuman tengtang kesalahan telah ditentukan.namun semua undang-undang ini mengecualikan raja atau sultan yang melambangkan kebesaran mereka dalam kerajaan.

Soalan 3: Nyatakan pengaruh Islam terhadap sosiobudaya masyarakat Tanah Melayu dalam aspek pendidikan.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kesan terhadap cara hidup atau budaya masyarakat Tanah Melayu terutamanya dalam aspek pendidikan. Islam telah mempengaruhi dua bentuk pendidikan dalam masyarakat Melayu iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal iaitu asuhan dalam keluarga. Pendidikan ini menekankan nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Pembelajaran ini berlaku pada peringkat keluarga dan menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui penglihatan, pendenagran dan pemerhatian. Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang hal-hal yang berhubung dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan santun, cara berkawan, dan menjaga maruah. Pendidkan melalui kaedah bercerita yang turut menerapkan nilai-nilai budaya yang murni merupakan kaedah yang paling berkesan dan digemari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak turut mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan social. Selain itu, pendidikan ini juga diberikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki.
Pendidikan formal pula mengaitkan pendidikan keagamaan secara langsung atau melalui perantaraan institusi yang tertentu. Pendidikan ini tidak terhad kepada golongan atasan sahaja. Pendidikan ini dilaksanakan di institusi formal seperti istana, masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok. Selain itu, pendidikan formal juga berlangsung di rumah atau di rumah tok guru yang menekankan pengajaran al-Quran. Jika di istana, sultan berminat dalam perkembangan Islam. Hal ini jelas dilihat apabila kitab tassawuf al-Dur al-Manzum diarak ke istana. Istana juga berfungsi sebagai tempat menyimpan buku, tempat perbincangan soal agama, dan pentadbiran. Di samping itu, tempat-tempat seperti surau dan masjid diajar fikah, takwid, usuluddin dan hadis dengan tahap yang tinggi. Pondok pula memberi pendidikan untuk menyediakan pelajar sebagai guru agama. Akhir sekali, madrasah yang mempunyai sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.

Soalan 4: Jelaskan pengaruh islam terhadap sosiobudaya masyarakat Tanah Melayu dalam aspek pendidikan.
Pengaruh islam paling ketara ialah tulisan jawi. Tulisan ini diterima oleh orang melayu dan kemudian telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan. Seterusnya tulisan ini menjadi hak milik orang melayu.Pembendaharaan kata bahasa melayu juga bertambah dengan bertambahnya istilah baru yang berasal daripada bahasa arab atau al-quran.Kemudian tersebar pula istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu islam. Kesusasteraan turut berkembang kerana kesusasteraan yang terawal hanya merangkumi kepercayaan tentang kejadian alam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan, binatang.
Penulisan karya turut berkembang dan terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi seperti hikayat Nabi Muhammad s.a.w dan hikayat Nabi-Nabi lain. Terdapat cerita tentang para sahabat dan hikayat Muhammad Ali Hanafiah menjadi karya yang penting dan disimpan di istana Melaka. Perbendaharaan persuratan Melayu telah berkembang dengan terkarangnya karya-karya tersebut serta terhasilnya hikayat saduran bercorak arab parsi.

Soalan 5: Huraikan pengaruh Islam terhadap perkembangan kesenian masyarakat Tanah Melayu pada abad ke-15 dan 16
Kesenian berasal daripada perkataan seni yang membawa maksud sesuatu yang indah dan menyenangkan samada kapada penciptanya atau penatapnya.Pembabitan seni di Malaysia masih dalam lingkungan tradisi hindu-Buddha. Seni bina di Malaysia terbahagi kepada beberapa bidang.Bidang seni bina di Malaysia memaparkan pengaruh hindu-buddha yang sangat ketara seperti penemuan candi-candi di lembah bujang.Selain seni bina,hasil ukiran dan arca seperti avalokitesvara yang ditemui di lembah bujang juga menunjukkan pengaruh India yang sangat ketara.Kedatangan Islam telah mengubah senario ini apabila bidang kesenian mula dikaitkan dengan agama tersebut.Hasil seni selepas kedatangan islam merupakan gabungan antara elemen keagamaan dengan kehalusan seni tempatan.Antara binaan pertama dalam masyarakat islam termasuklah masjid.Ianya mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, telaga, mimbar, dan bumbung yang khusus.Ketinggian cita rasa seni orang melayu turut dipaparkan melalui binaan rumah dan istana.Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan balairung, tempat persemayaman diraja, balai istiadat dan seumpamanya.Keindahan senibina ini dapat dilihat pada Istana Melaka. Bukan itu sahaja,hiasan dalaman seni ukiran melengkapi setiap binaan.Sebelum kedatangan islam,motif ukiran adalah berdasarkan binatang. Namun kedatangan islam telah mengubah motif ukiran ini kepada motif tumbuh-tumbuhan , bunga-bungaan dan goemetri.
Orang Melayu juga prihatin terhadap kesenian epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan.Batu bersurat Terengganu boleh dilihat sebagai stu hasil seni terutamanya dari sudut seni tulisannya.Seni tulisan dalam Islam dikenali sebagai khat atau kaligrafi. Jenis Tulisan yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi dan nasakh.Kegiatan seni persembahan tetap diteruskan selepas kedatangan islam dengan penyesuaian berasaskan agama. Malahan kean kedatangan islam menyebabkan pengaruh dari asia barat turut berkembang dalam cabang kesenian ini.Antara nyanyian yang pnting danketara menerima pengaruh Islam ialah nazam atau naban.Nazam berbentuk syair yang mengisahkan riwayat nabi Muhammad, para nabi Allah dan para Sahabat.Di negeri Johor pula berkembang kesenian Ghazal iaitu jenis puisi Arab yang memuji –muji kebesaran islam.

Soalan 6: Bagaimanakah Islam berperanan dalam perubahan gaya hidup masyarakat di Tanah Melayu
Islam memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan perubahan gaya hidup di Tanah Melaya. Antaranya,perubahan istiadat pemerintahan. Dalam pertabalan raja, kandungan bacaan cirri dimansuhkan manakala bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai bai’ah. Pelantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman itu ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah. Dalam aspek perubahan akhlak rakyat, islam menyebabakan umatnya amat menghormati ibubapa, menganggap jiran seperti keluarga, memberi panggilan pangkat seperti Pak Long atau Mak Long dan orang muda perlu bercakap dengan orang yang lebih tua menggunakan nada suara yany rendah sebagai tanda menghormati.
Seterusnya, adab menziarahi diamalkan dalam kalangan masyarakat. Seseorang perlu member salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalam, kanak- kanak menium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormatidengan hidangan makan dan minium dan bacaan Bismilllah dimulakan untuk menjamu makan dan minum. Majlis perkahwinan , berkhatan dan berkhatam Al- Quran juga diadakan mengikut syariat Islam. Majlis seperti ini menekankan nilai gotong- royong, bekerjasama dan perpaduan masyarakat yang akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama Islam

Soalan 7: Huraikan kesan pengaruh Islam dalam bidang perdagangan kepada penduduk Tanah Melayu.
Pada abad ke 12 hingga 18 aktiviti perdagangan membabitkan Lautan Hindi dan Laut china selatan yang didominasi oleh pedagang islam.perkembangan pesat sektor pedagangan berkait rapat dengan saranan islam yang menegaskan aktiviti ini sebagai sumber rezeki yang besar. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w. terbabit dengan sektor perdagangan sewaktu hayat baginda didunia ini. Perdagangan juga merupakan satu saluran penting memesatkan proses pengislaman di Tanah Melayu (alam melayu)
Pada abad ke 15, Melaka sebagai pusat perdagangan yang sangat penting. Walaupun tidak banyak mengekluarkan barang seperti rempah ratus yang mendapat permintaan tinggi, namun kedudukan strategik Melaka membantu perkembangan perdagangan. Jawatan laksamana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
Undang-undang laut Melaka digubal sebagai landasan dalam hal ehwal berkaitan tugas-tugas nahkhoda, jurumudi, dan seumpamanya. Kepesatan perdagangan dibuktikan melalui paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka. Sistem sukat dan timbang dibawah pengawasan syahbandar peratusan sistem timbang dan sukat berasaskan sistem tahil dan kati. Antara barangan yang ditimbang dalam sistem ini termasuklah emas, Perak ,bahan wangian, batu permata dan sebagainya.untuk menimbang rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih ,bunga lawang dan sebagainya, sistem bahara diwujudkan.satu bahara dikitira sebagai bersamaan dengan 205 kati.
Timbangan dilakukan menggunakan dachin(dacing).dua kaedah digunakan di Melaka iaitu kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli.kejatuhan melaka kepada portugis tidak meruntuhkan semangat pedagang melayu. Sebaliknya aktiviti operdan=gangan diteruskan dengan menjadikan kerajaan johor sebagai pusat dan tunjang kekuasaan Malayu . Negeri kedah Kelantan dan Terengganu telah menjadi pusat perdagangan yang penting sepanjang abad ke 17 dan ke 18.

Soalan 8: Jelaskan perkembangan penggunaan mata wang dalam sIstem perdagangan masyarakat Tanah Melayu.
Dalam urusan perdagangan dan jual beli, mata wang telah digunakan sebagai perantaraan nilai barang. Ini telah memudahkan urusan tersebut dan menjadi alternative lain selain barter. Mata wang dari timah digunakan di negeri Melayu dalam bentuk bulat yang beratnya ialah satu tahil atau kati. Selain itu, nama sultan dan tarikh Islam dicatat padanya.
Di Melaka, mata wang di pasai, Hormuz dan Cambay digunakan dan boleh ditukar dengan mata wang tempatan. Di Johor, ia dikenali sebagai katun dalam bentuk bulat atau segi enam. Ia tidak ada tarikh, namun ada tulisan jawi / Arab seperti Malik. Di Kedah, ia digunakan untuk kegunaan tempatan yang berbentuk seperti ayam jantan di atas beberapa cincin. Mata wang ini boleh dipatahkan dan digunakan berasingan.
Mata wang emas jug adigunakan di Kedah dan Johor pada abad ke-16. Ia digunakan di Kelantan dan dikenali sebagai Kijang kerana ada kijang di atasnya. Di Johor, ia dikenali sebagai kupang dan mengandungi 10 gram emas. Nama dan pangkat sultan yang mengeluarkan dan serta gelaran ditulis padanya. pedagangEropah menggunakan wang perak, manakala matawang emas atau emas digunakan oleh India, China, dan Arab.

Soalan 9: Nyatakan kesan kedatangan Islam terhadap pelaksanaan system percukaian di Tanah Melayu
Cukai menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan dan disalurkan kembali untuk pembangunan Negara.Selain itu,perkembangan aktiviti perdagangan memesatkan bidang percukaian.Tambahan pula,sebagai contoh di Melaka,para pedagang diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan perniagaan dijalankan.Terdapat beberapa jenis cukai di Melaka seperti cukai tetap(cukai import)yang jumlahnya ditetapkan oleh pemerintah.Pedangang dari india,Ceylon,tanah arab,siam dan pegu dikenakan cukai sebanyak 6% daripada jumlah barangan yang dibawa.Pedagang dari china da jepun dikenakan sebanyak 5%.Pengecualian dari cukai adalah seperti barangan makanan dan juga beras.Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai.orang asing yang dating dari kepulauan melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3%.orang asing lain pula dikenakan cukai diraja sebanyak 6%.riba diharamkan tetapi bagi golongan ceti yang member pinjaman wang masih dibenarkan.golongan kaya dan berkemampuan pula dikehendaki membayar zakat harta.kutipannya disimpan di baitulmal bagi digunakan untuk kepentingan dan kemakmuran Negara serta bantuan kepada yang memerlukannya.

Tuesday, September 9, 2008

Kesilapan Pelajar dan Cara Mengatasi

Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh calon ketika belajar Sejarah. Antaranya ialah tidak mengulangkaji secara konsisten, kurang membuat latihan, gemar meramal soalan dan tidak mengetahui teknik menjawab soalan dengan betul. Cerita arnab dan kura-kura memberi banyak pengajaran berkaitan dengan penggunaan masa, ketahanan mental dan usaha yang konsisten.
Dalam kisah itu, Sang Arnab yang mempunyai kekuatan berlari dengan pantas telah dikalahkan oleh Sang Kura-Kura yang berjalan lambat tetapi konsisten. Sebenarnya istilah ‘tiada mood’ atau ‘ada mood’ tidak harus wujud dalam mengulangkaji pelajaran.
Pada peringkat sejarah PMR, kandungan sukatan pelajaran Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua adalah menarik dan ringan. Sukatan pelajaran Tingkatan Tiga lebih ringan! Calon boleh merujuk guru Sejarah pada bila-bila masa jika menghadapi masalah pemahaman terhadap sesuatu tajuk. Calon perlu menghabiskan 3 jam sehari atau sekurang-kurangnya sejam bagi mana-mana tajuk Sejarah tersebut.
Di samping melakukan secara konsisten calon perlu membuat latihan untuk meningkatkan kecekapan. Kekerapan mengulangkaji adalah kunci kepada kefahaman kerana ia mengatasi proses lupa! Ingat! Lupa berlaku disebabkan oleh maklumat yang diterima tidak diulangi dan diulangkaji.
Cara belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses yang sistematik, iaitu maklumat yang dibaca dimasukkan ke dalam minda secara tersusun dan konsisten. Semak tajuk yang belum diulangkaji dan tajuk yang belum diulangkaji.
Calon perlu menyedari bahawa latihan di kelas, di pusat tuisyen dan di rumah bertujuan memberi kefahaman tentang sesuatu topik. Namun begitu, ramai calon PMR membuat latihan secara sambaleweng dan tidak sepenuh hati. Ramai calon PMR tidak menggunakan masa luang yang ada.Lebih malang lagi ada calon tidak berusaha membuat persediaan (tidak mengulangkaji) sebelum menjawab soalan latihan yang diberi oleh guru. Ingat! Belajar Sejarah yang berkesan ialah melalui proses ulang dan kaji.
Janganlah mengharapkan keputusan yang cemerlang, sekiranya kekerapan anda mengulangkaji boleh dihitung dengan jari.
Saya ulangi, calon perlu kerap membaca dan mengulangkaji untuk mengingat fakta Sejarah. Setiap tahun, soalan ramalan dikeluarkan oleh pelbagai sumber. Bagi calon PMR yang telah bersedia awal, soalan ramalan hanya merupakan soalan yang perlu diberi penekanan.
Sebenarnya mereka sudah bersedia menghadapi apa jua jenis soalan yang meliputi pelbagai tajuk. Tetapi terdapat ramai calon PMR yang belum bersedia. Mereka menggadaikan masa depan dengan bergantung kepada soalan ramalan semata-mata. Tindakan ini sangat berbahaya. Sekiranya soalan yang diramal itu tidak keluar sudah tentulah anda yang keluar!
Saya mengesyorkan calon PMR mengulangkaji bab yang mudah dahulu dikuti bab yang lebih sukar secara konsisten.
Ramai calon PMR mengulangkaji mengikut bab yang mereka sukai sahaja. Ini baik untuk mendorong anda bersemangat dan meminati pelajaran Sejarah. Namun begitu topik dalamSejarah mempunyai kesinambungan iaitu ditulis dari bab yang mudah kepada bab yang susah. Calon harus menguasai bab yang awal dahulu sebelum bab yang kemudian. Walau apa pun anda perlu menghadiri kelas pada setiap hari.
Kegagalan anda mengikuti sesuatu tajuk akan mengganggu kefahaman anda terhadap tajuk tersebut.
Terdapat pelbagai teknik pembelajaran Sejarah seperti menyenaraikan isi kandungan, menulis nota peta minda, teknik perbincangan, penggunaan teknik mnemonik untuk tajuk yang membosankan dan sebagainya. Kesemua teknik adalah berkesan dan baik jika bersesuaian dengan cara anda belajar.
Salah satu kelemahan calon PMR ialah menjawab soalan aneka pilihan dan aneka pelengkap dengan teknik yang cepat, tepat dan betul. Calon perlu mempunyai pengetahuan, maklumat dan telah menguasai semua tajuk dalam buku teks Sejarah.
Secara umum calon perlu menjawab soalan objektif menggunakan kaedah berikut.
* Pastikan bahawa anda membaca semua soalan dengan teliti. Fahamkan betul-betul sebelum menjawab* Jawab semua soalan yang anda pasti atau yakin tentang jawapannya terlebih dahulu sebagai strategi memanfaatkan masa dengan sebaik-baiknya.
* Tandakan jawapan anda dengan jelas di tempat yang disediakan sebaik sahaja setiap soalan dibaca
* Tinggalkan dahulu soalan susah atau tidak pasti jawapannya.
* Bagi soalan susah atau anda tidak pasti dengan jawapannya, pilih jawapan yang betul dengan memotong pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan melalui kaedah peyingkiran
* Singkirkan pilihan jawapan yang tidak munasabah atau meragukan anda
* Jika tinggal dua jawapan, pilih jawapan yang anda fikir lebih tepat dan munasabah

Monday, September 8, 2008

Soalan Dan Jawapan Tutorial, Tingkatan 4 Bab 6

SEJARAH TINGKATAN 4
BAB 6: ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASHIDIN

SOALAN 1 : BINCANGKAN SYARAT DAN CARA PERLANTIKAN KHALIFAH
Khalifah yang hendak dipilih mestilah memenuhi beberapa kriteria atau syarat. Antara syarat-syarat pemilihan khalifah ialah beliau mestilah seorang lelaki yang merdeka, beragama Islam, mempunyaii pengetahuan yang tinggi tentang Islam, sentiasa melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Calon-calon juga hendaklah sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil, mempunyai akhlak yang baik, tubuh yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, pandai mentadbir kerajaan serta warak iaitu seorang yang taat dan patuh kepada hukuman Allah.
Terdapat empat kaedah pemilihan khalifah. Setiap khalifah dipilih melalui cara yang berlainan. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dilantik melalui kaedah musyawarah atau syura. Syura membawa maksud permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara. Saidina Abu Bakar kemudiannya mengusulkan nama Saidina Umar Al-Khattab sebagai pengganti beliau. Perlantikan ini dibuat dengan cadangan satu nama sahaja daripada khalifah yang terdahulu. Saidina Uthman bin Affan pula adalah antara enam orang calon yang terpilih unutk menjadi khalifah. Akhirnya beliau telah dipilih menjadi khalifah yang ketiga. Khalifah yang keempat iaitu Saidina Ali bin Abi Talib dipilih melalui kaedah pencalonan oleh sekelompok masyarakat. Tetapi secara konklusinya semua perlantikan ini adalah melalui proses syura atau musyawarah dan diperkukuhkan oleh upacara bai’ah. Bai’ah bermaksud perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin. Terdapat juga bai’ah yang disertai dengan nama Allah sebagai sokongan.

SOALAN 2: HURAIKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KHALIFAH
Khalifah ialah ketua negara yang mempunyai tugas memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.Khalifah menitikberatkan sistem politik,sosial dan ekonomi.Dalam bidang politik khalifah bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara termasuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh dan bertanggungjawab melantik, jika melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara.dalam bidang sosial,khalifah menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.,mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan sistem perundangan Islam.Selain itu,dalam bidang ekonomi pula,khalifah berperanan menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga baitulmal serta mengatur pungutan kharaj,jizyah dan zakat.

SOALAN 3: JELASKAN USAHA DAN SUMBANGAN YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH ABU BAKAR SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.
Khalifah Abu Bakar adalah khalifah yang pertama dalam sejarah Islam. Beliau merupakan khalifah yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pepecahan yang melanda umat Islam selepas kewafatan rasulullah. Pepecahan ini adalah berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan al-riddah yang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat.
Abu Bakar juga adalah khalifah yang memperlihatkan keupayaan beliau dengan berjaya menangkis ancaman kuasa luar. Sebagai contoh,Parsi dan Rom Timur. As-siddiq ini juga telah membahagikan Tanah Arab kepada 10 bahagian bagi melicinkan lagi pentadbiran beliau. Di bawah pemerintahan Abu Bakar,tentera Islam juga telah diberi gaji. Abu bakar juga telah mengarah pengumpulan al-Quran dan ini adalah sumbangan terbesar oleh beliau. Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar telah digelar Penyelamat Dunia Islam.

SOALAN 4: MENGAPAKAH ZAMAN KHALIFAH UMAR DIANGGAP ZAMAN KEEMASAN KERAJAAN ISLAM DI MADINAH?
Zaman pemerintahan Khalifah Umar dianggap zaman keemasan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukan terutamanya dari aspek politik,sosial dan ekonomi.Sistem pentadbiran pada zaman tersebut sangat teratur dan berjalan dengan lancar.
Dalam bidang politik Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan dasar perlantikan pegawai.Pada zaman tersebut juga beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan muhajirin dan ansar .Beliau juga telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan telah melatik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbiran awam dan panglima tentera. Selain itu zaman ini dikenali sebagai zaman keemasan kerana Khalifah Umar telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatab Tentera,Jabatan Polis,Jabatan Percukaian,dan Jabatan Pembendaharaan Negara.Setaip jabatan tersebut juga diketuai oleh khatib atau setiausaha.
Dalam aspek sosial terutama pendidikan telah mengembangkan pengajaran Al-Quran dengan meyediakan tempat pembelajaran dikawasan masjid.Beliau juga telah memperkenalkan kalendar Islam seterusnya menjadikan pentadbiran pada zaman tersebut sanagat sistematik Khalifah Umar juga telah menyasun sistem ketenteraan berbentuk a tentera tetap dan tentera sukarela .Markas tetera juga telah dibina di Bandar-bandar utama .Dari aspek ekonomi beliau telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti empangan Abu Musa di Basrah dan terusan Amirul Mukminin di Mesir.rakyat juga telah digalakan meneroka tanah baru untuk pertanian disamping mengusahakan tanah terbiar.
Selain itu,sistem cukai juga diperkenalkan iaitu cukai Jizyah dan cukai Kharaj.Khalifah Umar telah memberi banyak sumbangan seterusnya telah mampu menjadikan zaman tersebut sebagai zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah.

SOALAN 5: APAKAH USAHA DAN SUMBANGAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN SEPANJANG TEMPOH PEMERINTAHANNYA?
Khalifah Uthman bin Affan berasal dari Bani Umaiyah. Beliau ialah seorg hartawan yang dermawan, bersifat lembut, bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan memerlukan. Antara usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau ialah beliau telah meluaskan wilayah Islam sehingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus, dan Tripoli.
Selain itu, beliau juga telah bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga telah menyelaraskan bacaan (qiraat) ayat al-Quran di pelbagai wilayah. Selepas itu, beliau mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali Mushaf Utsmani.
Beliau juga telah membina jalan raya, jambatan, dan rumah rehat. Ini telah memudahkan para pengembara ketika mengembara. Khalifah juga telah mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara dan juga memperkuat angkatan tentera laut Islam dengan membeli peralatan senjata dan kapal. Akhir sekali, Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.

SOALAN 6: HURAIKAN FAkTOR-FAKTOR PENTING YANG MENDORONG PELUASAN KUASA ISLAM DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH.
Antara faktor-faktor penting dalam peluasan kuasa kerajaan bani umaiyah ialah ketokohan dan kepintaran pemimpinnya.Selain itu,sistem pendidikan yang sistematik juga mendorong kepda peluasan kuasa.Kota Cordova yang mencapai taraf pelabuhan antarabangsa juga adalah salah satu faktornya.Pegawai kerajaan yang menjalankan tugas dengan baik.Selain itu jabatan ketenteraan yang ditubuhkan berfungsi dengan baik.Terdapat pasukan tentera darat dan laut untuk mempertahankan negara.

SOALAN 7: APAKAH SUMBANGAN PENTING KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG POLITIK DAN EKONOMI.
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Dalam sistem pentadbiran , terdapat 4 aspek utama. Yang pertama ialah sitem khalifah iaitu pelantikan khalifah sbg ketua pemerintah mengganti nabi Muhammad. Yang ke2 sistem wazarah , pelantikan wazir utk mengetuai sistem pentadbiran negara di kerajaan pusat, sementara gabenor dilantik utk mengetuai pentadbiran wilayah. Yg ke3 sistem urusetia yg membahagikan urusan pentadbiran kpd beberapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan,dan bahagian polis dan kehakiman. Yg ke4, sistem hijabah. Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah, dan pemegang amanah. Sistem pentadbiran dikukuhkan lagi dgn penubuhan 4 buah jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan am dan Jabatan urusan Cap Mohor Pemerintah.
Dalam sistem pemerintahan, Diwanul Jundi [Jabatan Ketenteraan] ditubuhkan utk pertahanan negara. Diikuti dgn angkatan laut dan angkatan tentera darat. Dalam aspek ekonomi sememangnya Bani Umaiyah mangutamakan hal kewangan. Mereka telah menubuhkan Baitulmal dan mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara . Sumber pendapatan kerajaan ialah kharaj [cukai tanah] , jizyah [cukai perlindungan] , zakat, usyur [cukai 1\10 hasil tani tuan tanah].dan ghanimah [harta rampasan perang].Pusat kegiatan ekonomi dilakukan di Cordova. Kegiatan ekonomi telah mengembangkan kemahiran membuat barangan tembikar serta perhiasan emas dan perak serta perusahaan kulit dan senjata. Pertanian menyumbangkan sedikit kemajuan kepada mereka yang mana penyelidikan dilakukan untuk benih yang bermutu dan pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan tanah.

SOALAN 8: HURAIKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG SOSIAL.
Antara sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial ialah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu iaitu Kota Basrah. Selain itu beberapa orang ilmuwan telah dilahirkan seperti Khalil Ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterwan seperti al-Farzdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia’h dan Jamil al-Uzri. Tambahan pula, Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Sumbangan Bani Umaiyah juga ialah tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran yang memberi faedah kepada orang bukan Arab. Perkembangan ilmu agama pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz telah melahirkan tokoh seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri(hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran) serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin). Selain itu juga, sumbangan Bani Umaiyah dalam bidang sosial melibatkan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
Tambahan pula, buku rujukan pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan dalam bahasa Arab. Ibn al-Nafis telah menghasilkan buku al-Shamill fis Sina’ah al-Tabibiyah (kajian Umum Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Selain itu, perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga telah berkembang.
Dalam sistem perundangan, hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah atau jimak. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintah. Seseorang hakim mesti adil dalam penghakimannnya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili itu.

SOALAN 9: HURAIKAN MENGENAI LATAR BELAKANG DAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH.
Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun yang sama. Pada mulanya gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan telah bergerak secara sulit, namun bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dikendalikan secara terbuka. Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w. ) untuk mendapatkan sokongan. Mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah dan Humaimah sebagai pusat operasi. Gerakan ini diperkukuh dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar, Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Muslim al-Khurasani yang menjadi ketua di Khurasan.
Kerajaan Bani Abbasiyah ini mengambil nama sempena nama al-Abbas, iaitu nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Kerajaan ini juga mengamalkan pemerintahan bercorak sistem warisan atau sistem monarki, iaitu sistem berketurunan raja. Pada ketika Abu Jaafar al-Mansur memerintah, pusat pemerintahan telah diubah dari Damsyik ke Baghdad. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258 M. apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

SOALAN 10: HURAIKAN PERKEMBANGAN BIDANG INTELEKTUAL DALAM PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH
Kota Baghdad memainkan peranan penting sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu.Perkembangan keilmuan dilakukan melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab dan Baitulhikmah yang diasaskan oleh khalifah Harun al-Rasyid berperanan sebagai institusi keilmuan.Kegiatan utama Baitulhikmah ialah menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya dari bahasa Yunani.Selain itu,kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap iaitu tahap pertama mencatat segala idea atau percakapan manakala tahap kedua pula ialah mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi Muhammad S.A.W dan pada tahap ketiga pula ialah mengarang.
Perkembangan ilmu pengetahuan melibatkan golongan ulama yang menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah,tafsir,sejarah dan sebagainya.Pada zaman ini juga,terdapat pemisahan antara ilmu tafsir,ilmu sirah dan ilmu hadis.Selain itu,orang Islam pada zaman ini bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.Orana Islam memainkan peranan besar dalam berbakti kepada kebudayaan dunia iaitu memelihara warisan ilmu daripada lenyap.Selain itu,perubatan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan sehingga kajian sarjana Islam telah tersebar ke Eropah.

SOALAN 11: HURAIKAN LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN KUASA ISLAM KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
Kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki wujud selepas pemerintahan khalifah menjadi lemah pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah dan akhirnya berakhir apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol. Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai sebuah kerajaan kecil di barat Anatolia. Kerajaan ini berjaya menguasai kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah.
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. Kejayaan Uthman menumpaskan tentera Byzantine menyebabkan ramai ghazi atau pahlawan bersatu di bawah pemerintahan Uthman dan bersama-sama meluaskan kawasan penaklukannya.
Selepas kematian Uthman, usahanya diteruskan oleh anaknya, Orhan I dan berjaya meluaskan kuasa ke kawasan Marmara, Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli. Usaha ini kemudiannya diteruskan oleh Murad I dan Bayezid I yang berjaya meluaskan kuasa ke kawasan Balkan selatan dan utara Bulgaria. Pada masa pemerintahan Mehmed II, beliau menjalankan dasar perluasan kuasa dan berjayan menwan Istanbul.
Empayar ini berterusan hingga ke awal abad ke-20 namun telah berlaku kemerosotan. Antara faktor-faktor kemerosotan ini ialah terdapatnya pemimpin yang lemah, keruntuhan sistem pungutan cukai, pemberontakan dan pertambahan penduduk yang sangat pesat sehingga tidak dapat dikawal.

SOALAN 12: HURAIKAN SUMBANGAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL.
Kerajaan Uthmaniyah telah bermula pada sekitar awal abad ke-14 dan berakhir pada awal abad ke-20.Sebelum ini tidak ada sebuah kerajaan Islam mampu bertahan selama hampir 600 tahun dan meliputi kawasan seluas kerajaan Uthmaniyah.Tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyah yang berterusan ini telah membolehkannya membuat sumbangan yang besar.Kerajaan ini telah mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia.Istanbul juga telah dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan Selim 1 berjaya menguasai Makkah pada tahun 1517,kerajaan Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam.
Suleiman 1 telah memperkenalkan sistem perundangan yang membela nyawa,harta dan kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agama.Undang-undang ini dikenali sebagai Kanun Suleiman. Kerajaan Uthmaniyah turut memberikan sumbangan besar dalam sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan seperti Kadi dan Mufti dijadikan sebagai sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam.Jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa.Malahan koleksi fatwa yang dikeluarkan merupakan salah satu sumbangan utama kerajaan Uthmaniyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal dan digunakan hingga ke hari ini.
Sumbangan kerajaan Uthmaniyah kepada sector ekonomi banyak bergantung kepada kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara Timur dan Barat serta antara Dunia Islam dan Dunia Bukan Islam.Jalinan perdagangan kerajaan Uthmaniyah yang besar meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah,Laut Merah,Laut Hindi dan Laut Mediterranean.
Kerajaan Uthmaniyah juga berperanan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan,Pendidikan,kebudayaan,penerbitan, dan penterjemahan.sistem pendidikan Uthmaniyah yang paling berpengaruh terhadap perkembangan pendidikan dalam dunia Islam ialah sistem madrasah. Selain sistem madrasah terdapat sistem pendidikan seperti sekolah pengetahuan akademik,sekolah sastera,maktab tentera,maktab teknik dan kolej perubatan. Salah satu sumbangan besar golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.Kerajaan Uthmaniyah telah menubuhkan perpustakaan di masjid,hospital,dan juga rumah.Salah satu sumbangan kerajaan Uthmaniyah yang berkekalan sehingga hari ini ialah seni bina terutamanya seni bina masjid.


SOALAN 13 : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PROSES PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH
Kerajaan Uthmaniyah terkenal dalam bidang ketenteraan , politik dan perluasan kawasan. Empayar kerajaan Uthmaniyah meliputi kawasan kira-kira 400000 batu persegi – dr . sungai Sava (utara) hingga Sungai Nil (selatan) dan dari Caucasus( timur) hingga pergunungan Atlas (barat) . Semasa peristiwa pemerintahan Murad 111 (1574-15950, satu unit tentera khas yg dikenali sbg Janissan tlh ditubuhkan . Bilangan ahli kumpulan ini semakin meningkat kepada 54000 pada zaman kegemilangannya . Kumpulan Janissari ialah kumpulan infantri elit yg sgt terlatih terutamanya selok-belok dantaktik serta teknik peperangan .
Di antara faktor kejayan penyebaran Islam ke Eropah ialah pegangan akidah yg kukuh dan akhlak yg tinggi di kalangan penganut agama Islam . Selain itu, tentera Islam semasa zmn Uthmaniyah mempunyai semangat ghazi , iaitu semangat kepahlawanan yg tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran agama Islam . Kelemahan dan kejatuhan kerajan Byzantine turut memberi laluan kepada penyebaran Islam , terutama di kalangan masyarakat Balkan . Keadaan polotik yg tidak stabil di Eropah , akibat pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan –kerajaan kecil tlh membantu dan memudahkan penyebaran Islam di Eropah .
Dasar sosial Islam adalah berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan . Keadan ini berbeza dgn masyarakat kristian yg menitikberatkan latar belakang keturunan . Kerajaan Uthmaniyah turut membina sekolah , hospital dan kawasan perdagangan utk kepentingan rakyat .

SOALAN 14: JELASKAN CARA-CARA PERTEMBUNGAN YANG BERLAKU ANTARA TAMADUN ISLAM DANTAMADUN LAIN DI DUNIA
Islam sebenarnya telah bertembung dengan tamadun lain didunia melalui pelbagai cara.Antara cara yang digunakan ialah perdagangan dan perniagaan.Nabi Muhammad s.a.w.pernah melihat tamadun kristian sewaktu berniaga di Syam(Syria).Perdagangan jrak jauh laut juga menjadi alat pertembungan utama tamadun dimana seawal akhir abad ke-7, orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton,China.Pertembungan juga berlaku melalaui hubungan diplomatik .Contohnya,semasa kerajaan Bani Umaiyah,sekumpulan peneroka Islam dihantar ke utara selat Gibraltar, selatan Sepanyol untik mempelajari cara kehidupan,keagamaan,ekonomi,pentadbiran,dan sebagainyasecara aman antra orang Islam dengan orang bukan Islam.Seterusnya pertembungan berlaku melalui penaklukan dan ketenteraan.Ini berlaku apabila tentera Islam menguasai Iran dan Iraq,tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Parsi.Tentera Islam juga telah menakluk Mesir dan Afrika Utara dimana Islam telah bertembumg dengan tamadun Rom,iaitu empayar Byzantine.
Melalaui kebudayaan tamadun Islam dan tamadun lain,contohnya kemasukan Islam ke Sepanyol telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama di Sepanyol semas zaman Umaiyah yang berpusat di Cardova.Pada masa ang sama juga lahir golongan Mozarab(orang tempatan beragama kristian)yang mengamalkan kebudayaan Islam dan di Selatan Arab.Terakhir sekali adalah melalui cara pertembungan intelektual anatara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.Kegiatan perniagaan di Eropah telah membawa keuntungan kepada para intelek Islam .Para ilmuan Islam juga berjaya mendalami dam mengembangkan ilmu tamadun Eropah menurut pandangan intelektual Islam.

SOALAN 15: APAKAH KESAN PERTEMBUNGAN ANTARA ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN LAIN DI DUNIA DARI SEGI POLITIK.
Sebelum penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W, telah wujud tamadun lain di dunia seperti tamadun Indus dan Mesopotamia.Tamadun Islam yang lahir yang lahir daripada perkembangan agama Islam telah bertembung dengan tamadun dunia yang lebih awal ini antaranya dalam bidang politik.
Dari segi politik, kesan pertembungan ini telah melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam eperti kerajan Delhi Mughal di India. Masyarakat Islam juga wujud di China secara berkekalan walaupun kerajaan Islam tidak wujud di sana. Walaupun mempunyai perbezaan dari segi institusi dan orgnisasi, kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah tetap mengamalkan sistem kerajaan pusat yngt kuat.Walaupun sistem pemerintahannya berbeza, terdapat persman dri egi politik, iaitu berteraskan akidah dan syariah.
Kesimpulannya, perkembangan kerajaan Islam telah memberikan pelbagai kesan positif terhadap tamadun ilam serta tmadun-tamadun lain lain. Kemurnian ajarannya membolehkan umat Islam terus berkembng dan menguasai politik tamadun-tamadun lain.

SOALAN 16: PERKEMBANGAN ISLAM DI EROPAH TELAH MEMPENGARUHI PROSES PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN DAN INTELEKTUAL MASYARAKATNYA. BINCANGKAN
Dari segi kebudayaan, orang Islam dapat mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja kepada pendidikan agama tetapi juga kepada bidang sains,matematik, dan teknologi.Pada zaman Abbasiyah para pelajar yang mengambil pendidikan agama juga diwajibkanmengambil matapelajaran lain iaitu ilmu mantik,matematik.geografi,sejarah, sains fizikal dan biologi.Selain itu orang Islam juga dapat mempengaruhi tatatertib kehidupan harian masyarakat melalui cara berfikir,berpakaian,,bertutur,berdagang dan berpolitik.Pada zaman pemerintahan Umaiyah di sepanyol orang bukan Islam telah mengamalkan cara hidup Islam seperti bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.
Dari segi intelektual pula , proses perkambangan penterjemahan orang Islam telah dipertingkatkan lagi dengan penubuhan sebuah perpustakaan iaitu baitulhikmah yang ditubuhkan oleh Khalifah harun al-Rasyid.Dalam bidang matematik dan astronomi sumbangan cendikiawan Islam seperti al-Khawarizmi dan al-Battani sangat penting dalam perkembangan intelektual dunia.Dalam bidang pemikiran politik dan undang-undang,cendekiawan Islam juga turut memberikan sumbangan.Tulisan cendekiawan ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran politik dan undang-undang orang Islam dan bukan Islam.Dalam bidang ilmu mantic dan falsafah cendekiawan Islam seperti Ibnu sina,al-Kindi dan ibnu Rushd telah memberi kesan terhadap perkembangan pemikiran ussuludin,falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama.
Kesimpulannya,keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran,sistem politik dan sosial.Akhirnya masyarakat Eropah dapat keluar dari zaman Gelap dan mempengaruhi perkembangan sejarah Eropah seterusnya,contohnya Revolusi Perindustrian.

SOALAN 17 :HURAIKAN SUMBANGAN TOKOH INTELEKTUAL ISLAM KETIKA ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DARI ABAD KE-8 HINGGA KE-13 M
Zaman kemuncak kegemilangan Islam berlangsung antara abad kelapan hingga ke masa keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun 1258 M.Zaman ini telah melahirkan para cendekiawan Islam dalam setiap bidang keilmuan.Dalam ilmu perubatan, Zakaria Al- Razi (865-925M) telah menyumbangkan kepentingan perubatan klinikal dan telah menghasilkan lebih daripada 20 karya termasuklah kitab Al-Hawi,sebuah ensiklopedia perubatan.Beliau juga merupakan penterjemah utama hasil karya Galen.Al-Zahrawi (936-1013M)pula merupakan orang yang sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.
Dalam biddang matematik dan astromi,al-Khawarizmi,al_Battani,Abu Ishaq al-Biruji dan al-Bitruni sangat penting terhadap perkembangan intelektual dunia.Dalam bidang pemikiran politik dan undang-undang,al-Farabi(950M) al-Miskawayh dan al-Mawardi telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peradaban dunia.Mereka telah menghasilkan beberapa karya yang penting dan telah memberi kesan yang mendalam terhadap bidang ini.
Dalam bidang ilmu mantik dan falsafah,Ibn Sina,al- Kindi,Fakhr al Din,al-Razi,Ibn Rush dan Imam Al-Ghazali telah memberi kesan mendalam terhadap pemikiran usuluddin,falsafah sains,pemikiran kritis dan kesedaran agama.Dunia kesusasteraan Islam juga telah melahirkan cendekiawan Islam.Omar Khayyum yang menulis Ruba’iyah,al-Jahiz yang terkenal dengan kitab Bayan.Jalal ad-Din Rumi pula banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan.Terda[pat juga pemuisi wanita iaitu Rabi’ah al-Adawiah yang banyak menghasilkan puisi yang bertema ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan tuhan.
Antara pengembara yang dikenali ramai ,Ibn Batutta (1304-1377M) yang mengembara ke China,India dan Afrika.Pengembara lain ialah al-Mascudi(945M)yang mengembara ke China,Parsi,India dan Timur Afrika.Ibn Fahdlan pula telah mengembara ke utara Eropah pada abad ke 12.

Saturday, September 6, 2008

Strategi Belajar Sejarah

STRATEGI BELAJAR SEJARAH MENGGUNAKAN BUKU TEKS SEJARAH TINGKATAN III
Membaca untuk memahami dan mengingati isi kandungan dan fakta buku teks Sejarah Tingkatan III merupakan cabaran utama kepada guru dan calon PMR. Guru dan calon PMR perlu memahamitiga perkara berikut sebelum membuat pembacaan dan mengulangkaji pelajaran iaitu:
1.1. Objektif terpilih bagi setiap bab (bagi membolehkan guru menggunakan buku teks secara maksimum)
1.2. Struktur buku teks yang dibahagikan kepada (pengenalan, pembahagian bab, objektif pembelajaran bab, peta konsep, teks teras, Pustaka Ilmu, takrif kata, grafik, klik net, uji minda dan ujian dan penilaian)
1.3. Strategi penggunaan buku teks Tingkatan III (guru sewajarnya menggunakan Buku Panduan Guru yang disediakan agar pengajaran lebih berkesan.
Di samping itu guru perlu memahami ilmu Bantu dalam Sejarah seperti Kemahiran Pemikiran Sejarah, aplikasi ICT dalam pendidikan dan teknik ‘belajar cara belajar’ bagi membantu calon PMR menguasai kandungan buku teks). Bagi membantu calon PMR menggunakan buku teks ini pula, penulis berusaha menghidangkan kaedah yang sudah dikaji dan diuji berkesan kepada calon.
Kaedah yang digunakan ialah kaedahSQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.Kaedah SQ3R : Tinjau, Tanya, Baca, Panggil Kembali dan Lihat Semula.TinjauPrinsip pertama tinjau adalah langkah untuk calon mendapat gambaran keseluruhan apa yang hendak dikaji dengan terperinci. Tinjauan buku boleh dibuat dengan cara:
a) membaca mukadimah (preface) buku teks. Dengan membaca ‘preface’ atau pengenalan calon akan tahu susunan buku, tujuan buku ditulis dan calon tahu persediaan yang diperlukanuntuk mengulangkaji buku ini
b) calon kemudian mengkahi jadual isi kandungan buku teks ini secara kasar. Ulangi kajian ini dari masa ke semasa kerana tajuk-tajuk itu sangat bermakna dalam peperiksaan
c) baca tajuk-tajuk kecil dan rumusan dalam bab itu
Calon PMR dapat memahami buku ini ditulis mengikut Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah SMR. Tingkatan III.
Susunan bab dan tajuk mengikut tema 5 dan 6.
Tema 5 : Perjuangan Rakyat ke Arah Kemerdekaan Tanah Air
Tema 6 : Pembentukan Persekutuan Malaysia
Tema 5 dan 6 ini pula dibahagikan kepada 7 bab iaitu:
Bab 1 : Pendudukan Jepun di Tanah Melayu
Bab 2 : Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu
Bab3 : Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat
Bab4 : Kerjasama Antara kaum Ke Arah Kemerdekaan
Bab 5 : Kemerdekaan Negara 31 Ogos 1957
Bab6 : Perubahan Pentadbiran ke Arah Berkerajaan Sendiri di Sarawak dan Sabah
Bab 7: Malaysia yang Berdaulat
Peta Konsep – merupakan intipati bagi setiap bab bagi memberikan gambaran yang menyeluruhTeks Teras – setiap bab mempunyai topik dan subtopik yang mengandungi huraian bagi tajuk bab itu
Pustaka Ilmu – murid dan guru boleh merujuk maklumat tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan
Takrif Kata – menjelaskan sesuatu konsep atau istilah yang kurang difahami oleh calon
Grafik – terdapat gambar, foto, jadual, carta masa, rajah, logo, peta dan statistik untuk menjelaskan kandungan
Klik Net – ICT merujuk laman web yang memberi penerangan lanjut kepada guru dan murid untuk melayarinya secara penerokaan
Uji Minda – membantu guru dan murid mengingati fakta asas sebelum berpindah bab
Ujian dan Penilaian – membantu menilai sejauhmana guru dan murid memahami kandungan keseluruhan bab itu.TanyaKebanyakan perkara yang paling diingati dalam dunia ini ialah jawapan daripada pertanyaan. Ramai calon lebih mengingati jawapan daripada apa yang mereka tanya daripada apa yang mereka pelajari.Soalan menyebabkan calon berfikir. Secara amnya soalan yang perlu dikemukakan oleh calon ialah:
Apa ? = Peristiwa Sejarah
Siapa ? = Tokoh dalam Sejarah
Bila ? = Pertarikhan dalam Sejarah
Di mana ? = Lokasi atau tempat kejadian
Mengapa ? = Peyebaban dalam Sejarah
Bagaimana ? = Kronologi dalam Sejarah
Jawapan kepada siapa, apa bila dan mana memberi jawapan kepada fakta sejarah. Pertanyaan begini mesti dibiasakan semasa membaca.
Membaca
Apabila membaca, baca semuanya. Ini termasuklah graf, jadual, gambar, carta, illustrasi dan sebagainya. Semua calon mesti berusaha untuk memahaminya semasa proses membaca.
Panggil Kembali
Semasa membaca teks tersebut, calon mesti memanggil kembali secara lisan ataupun menulis fakta di atas kertas. Tujuannya ia memberitahu calon apa yang dia belum ingat dan fakta yangsudah diingat.
Lihat Semula
Lihat semula ialah proses untuk mengetahui dan mengesahkan apa yang calon telah baca dan memahaminya. Calon perlu membaca dengan pantas dan pastikan tidak ada bahan yang tertinggal dari bacaan.
Teknik Mengenalpasti Kandungan Buku Teks Berdasarkan Kehendak Soalan PMR
Dalam rencana ini calon PMR diberi pendedahan tentang fokus soalan sejarah PMR. Membaca dan menghafal fakta sahaja tidak mencukupi untuk menguasai kemahiran Sejarah. Calon perlumembiasakan diri dengan kehendak soalan dalam kertas Sejarah PMR.Calon PMR perlu mengetahui jenis dan stail soalan yang sering dikemukakan dalam peperiksaan. Calon PMR perlu rajin membaca buku teks dan mengulangkaji soalan kandungan buku teks berdasarkan aspek-aspek berikut:
Fokus Kandungan Buku Teks Dalam Setiap Bab
1.Konsep / istilah sejarah
2.Sebab / faktor peristiwa sejarah / tujuan
3.Kesan peristiwa sejarah
3.Kronologi / urutan peristiwa
4.Tokoh dalam sejarah
5.Perjanjian penting dalam sejarah
6.Organisasi / pertubuhan/ parti politik /institusi/tempatan, serantau dan antarabangsa
7.Ikhtibar / nilai murni peristiwa sejarah
Buku Teks Sejarah Tingkatan III memberi penekanan kepada aspek pengetahuan sejarah, kemahiran sejarah dan nilai dalam sejarah. Pengetahuan sejarah amat penting untuk menjawab soalan sejarah.
Calon PMR perlu memahami sesuatu idea sejarah dan berusaha untuk menguasainya. Bagi menguji kemahiran calon menggunakan fakta sejarah, peta, gambar rajah, rajah, peribahasa,puisi, pernyataan, senarai, petikan, jadual, maklumat dan sebagainya turut disertakan.
( 1 ) Mengenalpasti Definisi, Makna dan Istilah
Calon PMR perlu memahami konsep dan istilah penting dalam pelajaran Sejarah. Jika calon tidak memahami istilah yang digunakan pengarang, maka calon sukar memahami isi kandungan keseluruhan bab itu. Terdapat pelbagai cara untuk mengetahui istilah sejarah dalam buku ini. Misalnya sesuatu istilah atau konsep itu dicetak secara bold atau dicondongkan.Contohnya takrif kata ‘feudal’, ‘imperialis’ (hlm : 87), ‘kader’, ‘kegiatan PKM’ (hlm : 88), ‘Baju Hijau’, ‘Home Guard’, ‘Special Constable’ (hlm : 93), ‘Min Yuen’, ‘Rancangan Briggs’, ‘Kampung Baru’, (hlm : 94), ‘Gerakan Kelaparan’, (hlm : 95), ‘Perang Saraf’ (hlm : 98), ‘Kawasan Hitam’, ‘Kawasan Putih’, ‘Perintah Berkurung’ (hlm : 100), ‘Pertemuan Baling’, (hlm : 104), dan ‘Community Liaison Committee’ (CLC) . Rujuk takrif kata yang disediakan.
Calon lebih menguasai isi kandungan buku teks jika lebih berusaha mengenalpasti istilah atau konsep yang digunakan di dalam buku teks. Sejarah mengandungi banyak idea dan konsep yang perlu dikuasai. Konsep amat penting untuk membantu calon PMR menggambarkan peristiwa sejarah. Konsep terbentuk daripada perkataan atau idea yang perlu dijelaskan dengan contoh yang sesuai. Calon PMR perlu memahami sesuatu makna atau maksud perkataan tertentu untuk memahami sesuatu konsep Sejarah.Fakta Sejarah mempunyai kaitan dengan konsep kerana fakta merupakan maklumat yang membantu menghuraikan sesuatu konsep. Pentafsiran yang tidak tepat terhadap fakta atau pemahaman yang terpesong terhadap sesuatu konsep sejarah menyebabkan calon memilih pilihan jawapan yang tidak tepat.
( 2 ) Mengenalpasti Sumbangan atau Peranan Tokoh
Calon PMR perlu mengulangkaji biografi tokoh penting tanahair. Terdapat banyak soalan mengenai tokoh sejarah yang dikemukakan dalam Kertas Sejarah PMR. Kajian tentang tokoh amat penting dalam Sejarah. Ini kerana manusia merupakan isu utama dalam pergolakan Sejarah.Oleh sebab itu calon PMR perlu didedahkan dengan maklumat tokoh penting yang menceritakan tentang kepimpinan dan ketokohan mereka yang ditonjolkan dalam pelajaran Sejarah. Kajian tokoh sangat penting untuk menghargai perjuangan dan pengorbanan mereka pada masa lampau.Misalnya Sir Harold Briggs, Sir Gerald Templer, Sir Edward Gent, Sir Henry Gurney, Dato’ Onn bin Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Hussein, Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan lain-lain.Soalan tokoh berfokus kepada kejayaan dan sumbangan utama tokoh kepada negara kita. Jika seseorang tokoh mempunyai terlalu banyak sumbangan, lihat sumbangannya yang paling besarkepada negara kita. Baca serba sedikit butir penting latar belakang, pendidikan dan teliti gambar foto atau illustrasi mereka (jika ada) untuk memudahkan kita membuat pengecaman.Buat pengelompokan, pengelasan dan penzamanan setiap tokoh. Lihat persamaan dan perbezaan corak perjuangan mereka pada setiap zaman.
( 3 ) Mengenalpasti Penyebaban atau Kesan Peristiwa Sejarah
Sejarah tidak boleh dipisahkan dengan sebab (penyebaban) dan akibat (kesan) sesuatu peristiwa. Sejarah merujuk kepada tanggapan umum seperti sebab yang mendorong penyebaran agama Islam dalam Kerajaan Melayu Melaka dan kesannya.Satu cara yang mudah untuk memahami aspek ini ialah melalui peta konsep. Calon perlu memilih sesuatu tajuk pelajaran Sejarah seperti sebab, faktor, kesan dan implikasi sesuatu peristiwa Sejarah. Pemetaan konsep memberi gambaran menyeluruh dan menunjukkanpertalian antara satu fakta dengan fakta yang lain.Contohnya sebab pengisytiharan darurat dan kesannya. sebab pembentukan Persekutuan 1896 dan kesannya. Calon perlu mengenalpasti semua faktor tersebut.
( 4 ) Mengenalpasti Pertubuhan Politik dan Bukan Politik
Terdapat soalan mengenai organisasi setempat seperti Parti Komunis Malaya (PKM), MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army) Force 136 (MPAJA), Malayan Races Liberation Army (MRLA), AWAS, PETA, PERAM, PKMM, Malayan Chinese Association (MCA), UMNO dan sebagainya. Calon perlu memahami latar belakang penubuhan, sebab penubuhan, tokoh yang terlibat, matlamat penubuhan, sumbangan dan impaknya kepada sejarah negara.
( 5 ) Mengenalpasti Perjanjian Penting Dalam Sejarah.
Terdapat banyak perjanjian penting yang memberikan kesan kepada perkembangan sejarah, politik, ekonomi dan sosial negara kita. Setiap perjanjian mempunyai sebab mengapa ia dimetrikan.Setiap perjanjian juga mempunyai syarat yang berbeza dengan perjanjian lain. Jika perjanjian tersebut memberi kesan yang besar kepada sejarah tanahair maka lebih kerap pula disoal dalam peperiksaan. Apabila seseorang calon mengulangkaji sesuatu perjanjian, pastikan calon menelitia) Tahun perjanjian itu ditandatanganib) Sebab ia ditandatanganic) Pihak yang menandatangani perjanjian itud) Syarat penting atau isi penting sesuatu perjanjian dane) Kesan sesuatu perjanjian kepada persejarahan negaraSelain itu terdapat satu aspek lagi yang tidak kurang pentingnya untuk diberi perhatian iaitu tempoh masa atau periodasi atau penzamanan dalam Sejarah. Peristiwa dan fakta Sejarah tidak boleh dipisahkan daripada tarikh. Tanpa tarikh sesuatu peristiwa sukar dibuktikan sebagai bersejarah. Kebenarannya sudah tentu dipersoalkan sebagaimana cerita mitos dan legenda.Memang diakui umum terdapat banyak tarikh dalam Sejarah. Tetapi perlu diingatkan bahawa, Kertas Sejarah PMR tidak pernah membebankan calon PMR dengan soalan berkaitan tarikh. Ingat tarikh bagi peristiwa penting sahaja. Jika tarikh sukar diingati, cuba ingat peristiwa tersebut sama ada berlaku di awal, pertengahan atau di akhir sesuatu kurun.Berikut ialah beberapa contoh perjanjian yang kerap ditanya dalam soalan Sejarah PMR.
( 6 ) Mengenalpasti Unsur Patriotisme, Nilai Murni dan Ikhtibar Dalam Sejarah
Mata pelajaran Sejarah penting untuk memupuk nilai bagi membentuk warga negara yang bertanggungjawab. Nilai politik, ekonomi, sosial dan intelektual yang terdapat dalam pendidikan Sejarah mampu mencorakkan perkembangan personaliti dan karisma seseorang murid.Soalan Sejarah PMR mengemukakan soalan nilai dan ikhtibar daripada peristiwa bersejarah. Soalan ini menggalakkan calon PMR berfikir dan membuat keputusan sendiri berdasarkan fakta Sejarah yang dipelajari.
Contohnya:‘Penubuhan pasukan ‘Home Guard’ telah meniupkan semangat yang berkobar-kobar di kalangan rakyat untuk mempertahankan negara. Kesanggupan dan keberianian orang Melayu melawan pengganas secara berhadapan amat mengagumkan Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu.’Tujuan penting peperiksaan ialah untuk mendapatkan maklumat pencapaian calon. Kategori soalan yang dikemukakan meliputi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan menilai.Meskipun ada soalan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme, calon mesti menguasai fakta sejarah di dalam buku teks kerana hampir keseluruhan soalan Kertas Sejarah PMR berpandukan buku teks.
Sebagai latihan dan persediaan peperiksaan PMR, calon diminta merujuk buku teks Sejarah Tingkatan Satu, Tingkatan Dua dan Buku Teks Sejarah Tingkatan Tiga. Akhir kata, Selamat Belajar.

Kaedah Penggunaan Buku Teks Yang Efektif

1. Skop
Tumpuan kertas kerja ini membincangkan kaedah penggunaan buku teks yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid lemah secara individu.
Perbincangan secara umum difokuskan kepada aspek yang berkaitan dengan konsep umum buku teks, kebaikan buku teks sebagai bahan pembelajaran untuk murid lemah dan jenis aktiviti yang digunakan.
Salah satu aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah cara atau kaedah yang sesuai dan berkesan bagi membantu murid lemah dalam pembelajaran. Seseorang guru Sejarah bertanggungjawab memastikan murid lemah memahami dan menguasai pelajaran Sejarah pada peringkat keupayaan dan kebolehan yang mereka miliki.
2. Kaitan Buku Teks Dengan Pembelajaran Murid Lemah
Buku teks Sejarah dalam konteks ini merupakan salah satu media cetak yang terpenting digunakan sebagai bahan pembelajaran yang digunakan oleh murid di sekolah menengah atas (SMA) iaitu murid Tingkatan IV dan Tingkatan V. Buku teks ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM yang baru dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Buku teks Sejarah mengekalkan Kesepaduan unsur pengetahuan sejarah, pemupukan nilai-nilai murni, patriotisme dan kemahiran belajar.Buku teks Sejarah Tingkatan 4 mengandungi 10 bab yang merangkumi 3 tema iaitu tema 7 (Tamadun Awal Manusia), tema 8 (Tamadun Islam dan Perkembangannya) dan tema 9 (Perkembangan Di Eropah dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara)Buku teks Sejarah Tingkatan 5 mengandungi 9 bab yang merangkumi tiga tema iaitu tema 10 (Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga Perang Dunia Kedua), tema 11 (Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan Negara Malaysia Berdaulat) dan tema 12 (Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa)Murid lemah ialah golongan yang mempunyai kurang keupayaan dalam aspek mental, fizikal dan emosi pada tahap tertentu berbanding murid normal yang berada pada tahap purata perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor mereka. Hal ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk mengikuti pelajaran dengan berkesan dan menghadapi kesukaran untuk memahami pelajaran yang disampaikan oleh guru. Justeru, buku teks mempunyai pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kecerdasan pelajar.
3. Kelebihan Buku Teks Sejarah
Mempunyai peta konsep sebagai garis kasar isi pelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam perancangan pelajaran.meringkas dan merumuskan sejumlah maklumat penting yang berkaitan dengan sesuatu bidang.membolehkan murid memperoleh bahan khusus dalam bentuk yang telah disatukan.menyediakan sumber maklumat yang seragam untuk semua murid.memberi idea kepada guru tentang organisasi maklumat dan aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.menyertakan gambar, graf, peta dan bahan-bahan ilustrasi yang memudahkan pemahaman murid.menyertakan lain-lain bahan pengajaran seperti ringkasan, latihan dan soalan terancang.meringankan beban guru dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran
4. Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Satu aspek yang dipertimbangkan dalam penggunaan buku teks yang berkesan dalam pembelajaran murid lemah ialah tahap kebolehbacaan. Murid lemah sukar memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman mereka.Seseorang guru Sejarah harus bijak memilih bahan yang sesuai dalam buku teks untuk murid lemah dan seterusnya dapat digunakan dengan berkesan bagi meningkatkan kefahaman murid terhadap perkara yang dipelajari. Guru Sejarah perlu memilih isi yang penting, menggunakan bahasa dan ayat yang mudah difahami ketika menerangkan dan menguji tahap kefahaman murid melalui lembaran kerja yang disediakan. Buku teks dan lembaran kerja ini boleh digunakan di dalam dan di luar bilik darjahGuru Sejarah perlu mendidik murid cara menyusun maklumat dan berfikir secara sistematis dalam mengisi petak lembaran kerja yang disediakan. Melalui lembaran kerja yang disediakan murid dapat mencari dan mengingat maklumat penting daripada buku teks dengan mudah. Buku teks Sejarah boleh digunakan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran sama ada permulaan, pertengahan atau pada akhir pembelajaran.
5. Teknik Penggunaan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sekolah
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam bilik darjah berkesan, guru wajar menitikberatkan perkara berikut:· Peta konsep· Kemahiran berfikir kritis dan kreatif· Kecerdasan pelbagai· Unsur dan nilai patriotisme· Kemahiran teknologi komunikasi maklumat· Penggunaan bahan grafik· Maklumat tambahan· Pelbagai aktiviti pembelajaran yang kreatif dan inovtif· Latihan-latihanPada peringkat awal P&P guru wajar memberi gambaran keseluruhan (Big Picture) mengenai bab yang akan diajar dengan berpandukan peta konsep yang terdapat pada awal bab buku teks. (Rujuk buku teks sejarah ms 1, ms 37, ms 71)
Guru seterusnya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan pedagogi yang sesuai berasaskan buku teks. Bahan-bahan grafik seperti gambar, peta, carta, jadual dan gambarajah perlu digunakan secara maksimum di dalam pengajaran dan pembelajaran guru bagi menarik minat dan tumpuan murid. Gerak kerja yang bersesuaian dengan pedagogi yang digunakan boleh dilaksanakan bersama. Guru boleh membuat rumusan dengan pelbagai cara berpandukan buku teks.

Konsep Sejarah 2

Pelabuhan entrepot----Tempat yang menjadi pusat menerima barang-barang dagangan dari satu negeri untuk dikirim ke negeri lain.

Mulaqah ----Istilah Arab yang bererti ‘pertemuan’yang dikaitkan dengan asal –usul nama

MelakaMalakat----Istilah yang diberi oleh pedagang-pedagang arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala dagang’

Syahbandar----Pegawai yang mengetuai pentadbiran pelabuhan.

Cukai rasmi
-Cukai rasmi yang sama seperti duti import yang digunakan sekarang.


Cukai tidak rasmi
-Cukai dalam bentuk hadiah yang diberikan kepada sultan dan pembesar.

Surat kebenaran
-Surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Melaka untuk pedagang menjalankan urusan jual-beli.

Nakhoda
-Ketua kapal atau ketua perahu,kapten kapal.

Kiwi
-Penyewa petak perahu dan juga menjalankan perniagaan serta penolong nakhoda.

Bendahara
-Perdana menteri,wazir,orang yang memegang harta benda kerajaan.

Bendahari
-Penghulu bendahari iaitu ketua kepada semua bendahari,syahbandar dan ketua urusetia istana serta pemungut hasil atau ufti.

Laksamana
-Ketua angkatan laut Melaka.

Temenggung
-Pembesar kerajaan Melayu dibawah bendahara(ketua polis)Lingua Franca Bahasa perantaraan (bahasa melayu) ketika berdagang di Melaka

Perang tiga segi
-Perang yang melibatkan tiga pihak iaitu Acheh,Melaka,Johor selama lebih kurang 100 tahun tetapi tidak berterusan.

Sogit
-Sejenis hukuman, Dikenakan kepada seseorang apabila melakukan kesalahan merosakkan harta benda atau mencederakan seseorang.

Babas
-Sejenis hukuman.Dikenakan jika seseorang melakukan pergaduhan.

Kapanasan
-Sejenis hukuman.----Dikenakan apabila seseorang melakukan perbuatan sumbang dalam masyarakat.

Rumah Panjang
-Kebiasaannya didiami oleh masyarakat Iban, Bidayuh, Kedayan, Kayan dan Kenyah.----Berfungsi seperti satu unit perkampungan bagi penghuninya.----Mereka hidup seperti sebuah keluarga yang diketuai oleh tuai rumah.

Tadau Kaamatan
-Perayaan menuai yang diadakan pada setiap tahun di kalangan orang Dusun/Kadazan.-
-Pesta ini dibuat sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi.
-Diadakan di tempat tertentu seperti di padang awam.
-Upacara yang diadakan semasa pesta ini:
a.Tarian Sumazau.-
b.Pertandingan Unduk Ngadau (Ratu Cantik).
c.Semasa pesta, petani-petani menjual hasil tanaman di tempat perayaan/di Tamu Besar.

Tuai Rumah
-Ketua yang mengetuai keluarga-keluarga yang tinggal di dalam rumah panjang,Dipilih daripada kalangan ketua-ketua keluarga yang dihormati.

-Peranan:--Menjaga keamanan di kawasannya.--Menyelesaikan masalah perkahwinan,perceraian, peraturan dan perayaan.--Menetapkan bila ‘Hari Gawai’/pesta menuai dan perayaan ‘beranyi’ akan diadakan.

Perayaan Kaul
-Diraikan oleh orang Melanau bukan Islam di Mukah, Sarawak.----Perayaan ini adalah hari pemujaan makhluk ghaib seperti ‘Ipok Kala’.----Disambut bagi menandakan:--Bermulanya tahun baru bagi kaum Melanau-- Berakhirnya musim hujan.

Hari Gawai----Disambut oleh orang Iban.----Terdapat pelbagai perayaan Hari Gawai yang diraikan oleh masyarakat Iban contohnya:
-Gawai Batu
-Gawai Kenyalang atau Gawai Antu.
Diadakan sebagai tanda kesyukuran bagi hasil padi yang diperoleh.----Pada hari ini juga diadakan tarian ngajat.----Mereka saling kunjung-mengunjungi untuk mengeratkan hubungan pada Hari Gawai.----Kini menjadi perayaan tahunan yang dirayakan setiap bulan Jun.

SURAT KEW--Dikeluarkan pada tahun 1795--Kandungan- British dibenarkan menduduki kawasan Belanda sepanjang peperangan KONVENSYEN LONDON--Ditandatangani selepas perang napoleon tamat-1814--British memulangkan semula kepada Belanda semua kawasan yang diduduki--Melaka diserah kembali kepada Belanda pada tahun 1818.

NEGERI-NEGERI SELAT--Bermula pada tahun 1826--Gabungan Pulau Pinang, Singapura dan Melaka di bawah satu pentadbiran.--Pentadbiran - Diketuai oleh seorang Gabenor yang tinggal di ibu negeri. - Gabenor dibantu oleh Residen Konsular di setiap negeri.--Ibu Negeri- 1826-Pulau Pinang- 1832-Singapura--1867-Pentadbiran NNS dipindahkan dan diletakkan di bawah- Pejabat Tanah Jajahan di London.- Diketuai oleh Gabenor.

REVOLUSI PERINDUSTRIAN--Perubahan daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat perusahaan dan daripada pengeluaran yang dihasilkan di rumah kepada pengeluaran kilang.--Kesan--Bekalan bahan mentah terutamanya bijih timah banyak diperlukan bagi pengeluaran barangan kilang.

DASAR CAMPUR TANGAN--1874-British menukar dasar daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.--Contoh dasar campur tangan British-Campur tangan British di Kedah dan Johor yang mengakibatkan pengambilan Pulau Pinang.--Faktor-faktor:--Negeri-negeri Melayu kaya dengan bahan mentah.- British bimbang Tanah Melayu akan dikuasai oleh kuasa Barat lain.- Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 mendekatkan jarak di antara Timur dengan Barat.

RESIDEN --Wakil British yang ditempatkan di negeri-negeri Melayu.--Tugas-tugas- Menasihati Sultan dalam semua hal kecuali hal adat dan agama Islam - Melantik pegawai-pegawai British untuk memungut cukai. - Membuat undang-undang di negeri yang dipertanggungjawabkan.

DURBAR--Persidangan Raja-raja Melayu--Anggota 4 orang Raja Melayu 4 orang Residen dan Residen Jeneral1897- Durbar yang pertama di Kuala Kangsar. - Perbincangan tertumpu pada masalah adat istiadat dan agama Islam serta kebajikan orang Melayu1903- Durbar kedua di Kuala Lumpur. - Raja-raja Melayu mendesak supaya kuasa mereka dikembalikan.1909- Durbar dibatalkan apabila Majlis Mesyuarat Persekutuan ditubuhkan

NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU--Dikenali juga sebagai Persekutuan tahun 1896--Dicadangkan oleh Frank Swettenham.--Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang disatukan.--Ketua-Residen Jeneral--Pusat pentadbiran-Kuala Lumpur--Tujuan- Untuk menguatkan system pertahanan di negeri-negeri Melayu.- Untuk menyelaraskan system pentadbiran- Untuk menjimatkan kos pentadbiran- Untuk mengatasi masalah kewangan di Pahang- Untuk menyeragamkan system cukai, keadilan dan undang-undang.--Kesan- Perkhidmatan pakar dikongsi bersama- Wujud kerjasama antara negeri.- Pelaburan asing bertambah.- Pendapatan Persekutuan bertambah

MAJLIS NEGERI SARAWAKTujuan--Membawa semua ketua kaum bumiputra dalam satuperjumpaan yang besar.--Mendengar ucapan dasar pemerintahan Raja Brooke--Memberi peluang kepada mereka untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan- Diadakan sekali dalam 3 tahun- 8 September 1867-Persidangan pertama-Diadakan di Bintulu- Kekal sehingga 1941- Tidak mempunyai keahlian dan keahlian yang tetap

SISTEM PEWARISAN TAKHTA-Tuntutan takhta mengikut pewarisan takhta yang telah ditentukan di negeri-negeri Melayu

Sekolah Latihan• Sekolah yang ditubuhkan untuk memberi pendidikan kepada anak-anak ketua anak negeri di Sabah.

Bunga Emas• Pokok yang di perbuat daripada emas nilai berbeza bergantung dengan kemakmuran sesebuah negeri• Dihadiahkan kepada Siam menjadi amalan negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu sebagai tanda persahabatan hingga 1909

Hak Wilayah Asingan• Kuasa perundangan yang diberikan oleh sesebuah negara kepada negara lain.• Mengikut peraturan ini, rakyat negeri yang memperolehi hak ini tidak tertakluk kepada system peraturan negara yang menyerahkan hak itu.

Sistem Kangcu• Orang Cina diberi satu surat tauliah atau dokumen lebih kenali sebagai ‘surat sungai’• Mereka juga dibenarkan menetap dan mengusahakan di kawasan tebing-tebing sungai di JohorNegeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu• Negeri-negeri di bawah naungan British• Sultan disetiap negeri diberi hak masing-masing memerintah secara berasingan

Buruh Kontrak• Orang Cina yang bekarja di bawah buruh kontrak disediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian.• Mereka bekerja dengan majikan tanpa gaji sehingga hutang tambang mereka datang ke tanah melayu selesai

Sistem Ibedem• Menoreh pokok getah mengikut torehan seperti tulang ‘ikan herring’

Rancangan Sekatan Stevenson• Dilakukan untuk mengurangkan pengeluaran dan meningkatkan harga getah• Negara naungan British seperti tanah melayu dan sri langka sahaja yang menyertainya• Diperkenalkan kerana kemelesetan ekonomi dunia.

Getah Perca• Sejenis hasil hutan yang diperoleh daripada sejenis tumbuhan liar yang tumbuh di dalam hutan

Sistem Kangani• System membawa masuk buruh India untuk bekerja di lading getah di tanah melayu

Semanagat Kebangsaan• Perasaan cintakan negara dan tanah air.

Kaum Muda• Golongan yang berlandaskan ajaran Al-Quran dan Hadis• Golongan yang mahukan pembaharuan seperti meninggalkan amalan bukan islam• Memodenkan fikiran umat islam supaya maju

Kaum Tua• Golongan yang menentang idea kaum muda.• Tidak bersetuju dangan sebarang perubahan terhadap Agama Islam di negara ini• Berpegang kuat kepada adat dan agama.

*ihsan SMK Engku Husain

Konsep Sejarah

Penjepunan-Penjepunan ialah menanamkan rasa taat setia kepada maharaja Jepun tanpa berbelah bahagi.-Untuk melaksanakannya Jepun mengharamkan bahasa pengantar inggeris dan cina.
Kempetai-Polis tentera yang bertugas sebagai pengintip.-Agen Jepun bagi menjaga keamanan negaraTerkenal dengan kezaliman dan kekejaman
CMDN[cukup makan dalam negeri]-Jepun menekankan dasar ke arah pengeluaran petanian padi untuk cukupkan makan dalam negeri.-Jepun memperkenalkan padi Taiwan suapaya penanam padi 2 kali dalam setahun
MPAJA-Malayan People’s Anti Japanese Army (bintang tiga)-Orang cina yang militan dengan komunis-Undur ke hutan untuk melancarkan serangan gerila-Berkuasa selama 14 hari selepas Jepun menyerah kalah.(sebelum British sampai ke Tanah Melayu)-Mengambil alih penguasaan balai polis untuk undang-undang sendiri
Force 136-Markas-Sri Lanka(Ceylon)-India-Ketua-Richard Brome-John Davis-Tengku Mahmud Mahyiddeen- Force 136 dibantu oleh Persatuan Melayu Pahang (wataniah) untuk menentang Jepun.Berpecah kepada kumpulan kecil danbersembunyi di dalam hutan.
Taktik Bumi Hangus- Berlaku di Sarawak- Apabila yang mempertahankan Sarawak terdiri daripada pasukan tempatan ( tidak bercorakketenteraan) dan unit bantuan pertahanan Britishserta Regimen Punjabi yang bilangannya kecil dankelengkapan perang tidak lengkap berbandingdengan tentera Jepun.- Contoh:- British telah memusnahkan lombong minyak di - Lutong dan Miri sebelum mereka menyerah kalah.
Double Tenth- Merupakan pemberontakan yang dilancarkan oleh Gerila Kinabalu (Sabah) terhadap Jepun- Ketua:-Musa-Karom-Albert Kwok
Malayan Union- Sistem pemerintahan baru British selepasPentadbiran Tentera British(BMA) dibubarkan.- Untuk menubuhkannya British menghantar MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan dengan mengugut.- Pentadbiran Malayan Union-Malayan Union di tentang oleh rakyat.
Jus Soli-Jus Soli ialah kewarganeraan yang diberikan oleh British kepada orang bukan melayu.-Ini untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk untuk membentuk Malayan Union.
Umno- Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO)- Tujuan penubuhan ialah untuk menyatukan orang melayu untuk menentang Malayan Union- Ketua Dato’ Onn bin Ja’afar- Ditubuh kan selepas keputusan dan ketetapan Kongres Melayu Se-Malaya yang diadakan di Kelab Sulaiman, Kuala Lumpur.
Rancangan Briggs-Rancangan Sir Henry Gurney (1950)-pengarah Operasi left Sir Harold Rowdon Briggs-tujuan penubuhan rancangan ini:menyelamatkan mereka daripada diugut oleh Min Yuen untuk memberikan makanan dan maklumat-tindakan1-memindahkan penduduk Cina dari kawasan terpencil dan menempatkan mereka dikawasan penempatan semula atau kampung baru2- penduduk diberi banyak kemudahan seperti-pendidikan-perkhidmatan dan kesihatan-tempat tinggal-bekalan elektrik dan air paip3- gerakan kelaparan-sema anggota menjalankan kawalan rapi supaya bahan makanan, ubat, pakaian, dan senjata tidak dihantar ke komunis.-melibatkan kerjasama pegawai perkhidmatan awam dan polis serta tentera-sekatan² jalanraya turut diadakan untuk menghalang bantuan komunis-kad pengenalan dikeluarkan sebagai cara mengawal pergerakan mereka-hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang tertentu sahaja.Akibat-komunis terpaksa berpindah-randah dan ramai komunis telah dibunuh. Semangat komunis menjadi lemah. Sungguhpun begitu, komunis telah berjaya membunuh sir henry gurney. Ini kerana beliaulah yang mencadangkan rancangan BriggsKampung BaruKawasan yang dipagar dengan kawat berduri serta dikawalSemua penduduk Cina dipindahkan disiniJumlah penduduk 470509 orang ditempatkan di 440buah kampung baruTurut dibantu oleh MCA
Perang saraf-Kempen bulan penduduk tanah melayu menentang komunisMasalah-menghapuskan komunis-masalah perkauman (masalah besar)Semasa Henry Gurney-tindakan-mengadakan kempen bulan penduduk tanah melayu menentang komunis.melibatkan 500 000 orang. Kempen ini mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-telah menubuhkan jawatankuasa perhubungan antara kaum*terdiri daripada pelbagai kaum Dato' Onn Jaafar, EEC Thuraisingham dan Tan Cheng Lock-beliau telah menggalakkan penubuhan parti politik cina untuk mengurangkan sokongan orang cina kepada PKM.*sewaktu itu parti politik Cina ialah MCA
Sir Gerald Templer Tindakan-menawarkan hadiah bagi sesiapa yang membunuh komunis*tawaran penangkapan Chin Peng $250 000-menandatangani perjanjian dengan Thailand untuk memburu komunis.-Sept 1952, beliau mengishtiharkan kawasan putih pertama di Melaka-kerajaan telah membuat pindaan syarat² kewarganegaraan*membolehkan 120 000orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara persekutuan tanah melayu.-semua jenis sekolah seberapa boleh hendaklah diseragamkan dari segi pentadbiran dan mata pelajaran
Kesan-Templer tidak mendapat sokongan daripada rakyat. 1954 Sir Gerald Templer meninggalkan TM apabila didapati cita² PKM gagal. Beliau telah diganti oleh Sir Donald McGillivary. Johor dan Pahang masih dianggap kawasan hitam
Kawansan Putih-Kawasan yang bebas dari komunis-kawasan hitam ialah kawasan yang belum bebas dari ancaman komunisRundingan BalingPKM meminta rundingan pendamaian bagi mencari jalan supaya PKM diterima bergiat dalam partio politik secara sah.Parti Perikatan mengeluarkan penawaran pengampunan beramai² kepada pengganas komunis- mereka yang menyerah diri tidak akan dihukum- mereka dan ikhlas dan taat pada negara akan dibebaskan- sekatan kebebasan akan dikenakan kepada mereka- sesiapa yang ingin pulang ke China akan dipertimbangkan
Rundingan- berlaku di Baling Kedah 28 – 29 Dec 1955- Chen Tien ( PKM) mengaturkan pertemuan dengan TAR- Cdhin Peng (PKM) , TAR, David Marshall ketua menteri Singapura, Tan Cheng Lock, Rashid Mashideen, Chen Tien hadir- Chin Peng menolak tawaran TAR kerana*PKM tidak dibenarkan bergiat sebagai sebuah parti yang sah*menolak keras syarat yang mahu kesetiaan PKM disiasat terlebih dahulu- TAR tarik balik tawaran itu tetapi sentiasa bersedia berunding dengan PKM
Selepas dan Kesan Keganasan KomunisKomunis lumpuh-12 tahun pemerintahan darurat dikenakan*11 000 nyawa telah terkorban*2 500 orang awam menjadi mangsa komunisJ/K Barnes dan Fenn-WUPengerusiL. J Barnes (Pakar Pendidikan British)Laporan Barnes- 1 jenis sekolah peringkat rendah untuk semua pelajar- sukatan pelajaran hendaklah disamakan- bahasa penghantar yang dicadangkan untuksekolah rendah (Bi & BM)- BI untuk peringkat menengah- diterbitkan pada pertengahan tahun 1951JHAK (Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum)- ditubuhkan pada awal tahun 1949tujuan- mengatasi masalah hubungan antara kaum- supaya pemimpin² daripada pelbagai kaum dpt berjumpa dan berbincang bersama tentang masalah yang mereka hadapi supaya jalan penyelesaian ke arah perpaduan dapat dicapaiahli- 15 orang anggota yang merupakan tokohpenting daripada kaum masing²- orang Cina terdiri daripada ahli MCA- orang Melayu terdiri daripada ahli UMNO
Sistem Ahli - Jemaah Menteri [sekarang]- diperkenalkan pada April 1951kandungan sistem- beberapa Jabatan Kerajaan diletakkandibawah kawalan ahli Majlis Undangan Persekutuan- Setengah daripada Jabatan ini ditadbirolehpentadbir penjajah yang menganggotaiMajlis tersebut- jabatan lain ditadbir beberapa tokoh politiktermasuk Dato Onn Jaafar- Pada tahun 1954 bilangan jabatan dibawahkawalan ahli Majlis bertambah- Kebanyakan daripada jabatan itu ditadbiroleh tokoh setempatmelalui system ini-tokoh² politik diberi peluangbertanggungjawab dan menggunakan kuasapolitik dalam bidang tertentu- tokoh² ini dipilih menganggotai sistem ini terdri daripada semua kaum
PilihanrayaMajlis Bandaran (1951-1952)> Georgetown, P. Pinang (Dis 1951), Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, Melaka dan seremban (spjg. 1952)Peringkat Negeri (1954)Pilihanraya Umum (1955)
Akibat-pertubuhan IMP dan Parti NEGARA dipimpin oleh (Dato Onn Jaafar)IMP - Independence For Malaya Partypenubuhan- Dato Onn Jaafar menubuhkan IMP pada September 1951tujuan- menuntut pilihanraya Umum 1955- Tanah Melayu mesti mencapai kemerdekaan 1961- banyak rancangan pembaharuan dalam bidang politik, ekonomi dan socialdibentangkan- Proses menggantikan pegawai2 British dengang orang tempatan dalam pentadbiran@ Malayanisasi juga dirancang- Singapura dicadang bargabung dengan P.T/M yang merdeka-
Keputusan pilihanraya 1942 di Kuala
Lumpur menunjukkan bahawa IMPtidak disokong oleh kebanyakan pengundi Cina- Disebabkan MCA cawangan Selangor telahb erpakat dengan Umno dalam pilihanraya itu- Hubungan dato Onn Jaafar dan Tan Chenn Lock renggang- Akhir tahun 1953 IMP dibubarkan- Bulan Februari 1954 Dato Onn Jaafar menubuhkan Parti NAGARA MALAYANISASI proses menggantikan pegawai² British dengan orang tempatan dalam bidang pentadbiranRundingan Kebangsaan (DOJ)- April (1953) Dato Onn Jaafar menjemputsemua pertubuhan politik- bagi membincangkan langkah² ke arahkemerdekaan- setelah 2 kali berhimpun (April & Sept 1953) 2 usul dikemukakan- 1/2 anggota Majlis Undangan Persekutuan yang baru hendaklah terdiri daripada wakil rakyat- adakan pilihanraya umum pertama padatahun 1956Konvensyen Kebangsaan- mendesak supaya pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 1954- konvensyen telah mendapat sambutan baikdari orang ramai
Perlembagaan- istilah untuk undang² yang menetukanbagaimana caranya sebuah pertubuhan @organisasi dikendalikanS uruhanjaya Reid- ditubuhkan untuk perlembagaan baru pada mac 1950ahli- Lord Reid- Sir Ivor Jennings- William Mckel- Hakim b. Maliktujuan- menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu (yang akan merdeka)- Prinsip demokrasi berparlimen menjamin kedudukan dan Martabat orang melayu- menjaga hak dan kepentingan orang melayucadangan- Tanah Melayu diketuai oleh raja- Demokrasi berparlimen diamalkan- Raja² melayu kekal sebagai ketua di negari masing2- Pulau Pinang dan Melaka (negeri tidakberRaja) diketuai oleh Yg. di-Pertuan Agong pindaan- Agama Islam sebagai agama rasmi- Bm dan BI sahaja boleh digunakandalam Majlis Perundangan- Hak keistimewaan orang Melayu dipertimbangkan semula atas arahan Yang diPertuan Agong
Penjajahan British di Sabah lebih luas dan menyeluruh berbanding Sarawak.Majlis tempatan [Sarawak]
1. Tugas utama:· Mengawal perbelanjaan di kawasannya.· Mengurus pungutan cukai.· Mengurus pendidikan rendah.
2. Tujuan:· Menambah bilangan ahli dalam Majlis Negeri[ menjadi 45 org ahli] dan Majlis Tertinggi [menjadi 10 org ahli].
3. Majlis Tempatan yang dibentuk pada tahun 1947 menandakan langkah kea rah berkerajaan sendiri di Sarawak
4. Penduduk tempatan berpeluang mendapat latihan dan pengalaman melalui MAJLIS TEMPATAN yang ditubuhkan oleh kerajaan British.
5. Pilihan Raya Majlis Daerah yang pertama diadakan untuk Majlis Bandaran Kuching pada tahun 1956
6. pada tahun 1956, Perlembagaan baru diperkenalkan dan diperkuatkuasa pada 1 April 1957
7. Perlembagaan ini dikekalkan sehingga Sarawak menyertai Malaysia pada tahun 1963
GERAKAN ANTI PENYERAHANPersatuan yang menentang penyerahan Sarawak kpd kerajaan British ialah:PKMS, PPM, PDS, BPS. Persatuan-persatuan tersebut bergerak aktif di Sarawak pada 1940-anPenentangan diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah. Golongan penentang mahu keluarga Brooke memerintah Sarawak supaya mereka dapat menuntut kemerdekaan dengan mudahMereka ingin mempertahankan hak istimewa orang Melayu. Mereka menghantar surat bantahan dan telegramkepada kerajaan British tetapi tidak mendapat perhatian.PKMS mengadakan tunjuk perasaan mendesak British berundur dari Sarawak.Tunjuk perasaan yang terbesar diadakan semasa upacara pelantikan gabenor yang pertama di Kuching.Tunjuk perasaan diadakan pada 1 julai setiap tahun bersempena dengan tarikh penyerahanSarawak kepada BritishPada 1 Julai 1947 satu tunjuk perasaan dijalankan oleh PKMS dan PDS. Pihak British mendapati pemimpin anti-penyerahan terdiri daripada kakitangan kerajaan dan guru-guru.PEKELILING NO.9. British mengeluarkan pekeliling ini pada bulan Disember1946.Tujuan: Meminta kakitangan kerajaan supaya setia dan tidak terlibat dalam gerakan antipenyerahan
Kesan: Sebanyak 338 kakitangan kerajaan meletak jawatan akibat tidak bersetuju dengan keputusan British.Kebanyakan kakitangan kerajaan yang meletakkan jawatan ialah guru. Akibatnya 22 sekolah melayu terpaksa ditutup.
RUKUN 13Ditubuhkan oleh golongan pemuda PPM Sibu.Satu kumpulan sulitKumpulan ini berasa kecewa kerana bantahan secara lembut tidak dihiraukan malahan mereka terus dihina dalam ucapan rasmi.Ahli-ahlinya bersumpah akan menghapuskan pemimpin dan pegawai yang menyokong penyerahan
Pada 3 Disember 1949, Rosli Dhobie telah menikam Gabenor Duncan Stewart
British telah menghukum gantung sampai mati ke atas empat orang yang terlibat dalam kumpulan ini dan memenjarakan 15 orang. Tindakan keras British telah melumpuhkan gerakan antipenyerahan.Persatuan ini boleh bergerak melalui persatuan sosial dan agama
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP)Ditubuhkan oleh Ong Kee Hui dan Stephen Yong pada 12 Jun 1959.Tujuan: Memupuk semangat perpaduan dan kesetiaan rakyat Sarawak.Kebanyakan ahlinya terdiri daripada orang Cina. Mereka terlibat dalam perniagaan dan perdaganganAhli-ahli SUPP menentang gagasan Malaysia kerana khuatir ekonomi meeka akan terjejasGagasan Malaysia Ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963
Faktor Penubuhan Malaysia:Menyekat ancaman komunis.Mempercepat proses kemerdekaanKeseimbangan kaumMemajukan ekonomio Dianggotai oleh Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.
Reaksi Singapura: Parti PETIR menyambut baik gagasan Malaysia
Reaksi Brunei: Parti Rakyat di Brunei di bawah AM. Azahari melancarkan pemberontakan.o Reaksi Indonesia: Presiden Sukamo melancarkan dasar konfrontasi
Reaksi Filipina: Filipina menentang penubuhan Malaysia kerana tuntutannya terhadap Sabah.o Reaksi Sabah dan Sarawak: Pada mulanya, pemimpin Sabah dan Sarawak menolak gagasan Malaysia kerana mereka kurang memahami konsep Persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak akhirnya bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.o Di Sabah: Parti Kebangsaan Sabah Bersatu berpendapat bahawa perkembangan ekonomi dan kestabilan politik terjamin dengan gagasan Malaysia.
Di Sarawak: Berpendapat bahawa taraf pendidikan, ekonomi dan politik bumiputera dapat dipertingkatkan melalui gagasan Malaysia.
PERLEMBAGAAN 1941-Asas untuk mentadbir SarawakMenurut perlembagaan mempunyai dua majlis iaitu majlis negeri dan majlis tertinggi. Majlis negeri terdiri daripada 25 ahli(14 ahli rasmi dan 11 ahli tidak rasmi) yang berkuasa untuk membentuk undang-undang dan kuasa kewanganAhli rasmi terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan awam manakala ahli tidak rasmi dilantik oleh pemerintah bagi melindungi penduduk. Ahli majlis tertinggi juga terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam dan ahli majlis negeri. Majlis tertinggi sekurang-kurangnya mempunyai 5 orang ahli untuk berunding dengan gabenor mengenai pentadbiranGabenor Sarawak pertama ialah Sir Charles Arden-Brooke