Saturday, February 14, 2009

TINGKATAN 3 (BAB 3)

BAB 3
ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA & DARUR
AT
· PKM cuba menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya

3.1 PENYUSUPAN & KEGIATAN PENGGANAS MOMUNIS
Asal-Usul Fahaman Komunis
· Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pertengahan abad ke-19
· Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
· Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal & imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis
· Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan
· Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
· Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah & perindustrian
· Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia & China

3.1.1 Cara Penyusupan
· Di TM ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang
· Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan
· Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
· Orang Melayu tidak berminat dengan fahaman komunis kerana;
· Bertentangan dengan agama Islam & adat resam orang Melayu
· Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis)
· Komunis menggunakan kekerasan & kezaliman untuk mencapai matlamat

3.1.2 Penubuhan PKM

· PKM ditubuhkan pada tahun 1930
· Tujuan PKM – menubuhkan Republik Komunis Malaya
· PKM melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
· Kader – anggota baru PKM yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
· PKM cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
· Tahun 1935 kegiatan PKM menjadi semakin agresif
· Antara kegiatannya;
· Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang
· Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
· PKM melancarkan mogok & sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British
· Buktinya;
· Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong
· British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
· Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin PKM ditahan

PKM Semasa Jepun Menguasai TM:
· PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
· Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
· Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
· PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
· British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136

PKM Selepas Jepun:
· Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan & menyerahkan senjata
· PKM bersetuju bubarkan MPAJA
· Sebaliknya PKM tidak menyerahkan semua senjata & sembunyikan sebahagiannya
· Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata & menerima satu beg beras
· PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik

3.2.3 Keganasan Komunis
· Tahun 1948 beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
· Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
· Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
· PKM memulakan pemberontakan & keganasan, antaranya;
· PKM menyerang ladang & lombong milik syarikat Eropah
· Contoh – PKM musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
· PKM menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api & membunuh orang yang bersubahat dengan British
· Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British

3.2 LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS
3.2.1 Pengisytiharan Darurat
· Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
· Peristiswa ini menggemparkan British
· Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh TM
· Tujuan – melindungi kepentingan ekonomi British di TM
· Kesan - British Kuatkuasakan Undang2 Darurat 1948
· Undang2 ini membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis
· Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis

3.2.2 British Mengharamkan PKM & Parti2 Yang Berhaluan Kiri
· PKM diharamkan pada 23 Julai 1948
· Parti2 politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti;
· Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
· Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
· Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
· Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
· Parti Hizbul Muslimin

3.2.3 Memperbesarkan Pasukan Keselamatan
i. Menambah Anggota Polis & Tentara
· Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang
· British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji
· Tujuan - menghapuskan ancaman komunis di TM

ii. Menubuhkan Pasukan Home Guard
· Ditubuhkan di peringkat kampung
· Tujuan – membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan
· Anggota terdiri daripada kaum lelaki & wanita
· Kesan;
· Meniupkan semangat yang berkobar2 untuk mempertahankan negara di kalangan rakyat
· Sultan Selangor memberi kata2 semangat kepada pasukan ini
· Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney berasa kagum dengan kesanggupan & keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan
· Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil
· Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British
3,2,4 Rancangan Briggs
· Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950
· Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
· Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru
· Digelar ‘kampung baru’
· Contoh – kampung baru di Seberang Perai, Pulau Pinang
· Tujuan – menyekat bekalan makanan, wang, maklumat & ubat-ubatan kepada pihak komunis
· Tindakan ini sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen di TM apabila penduduk setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru · Min Yuen – ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat, bekalkan makanan & ubat kepada pengganas komunis
· Anggotan Min Yuen – pekerja lombong & ladang

Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
· Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh TM
· Kampung baru dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik & air paip
· Ia dipagari dengan kawat berduri & dikawal ketat oleh Special Constables (SC)
· Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya
· Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa
· Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat & ubat
· Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru
· MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina & menjalankan aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan
· Kutipan jualan loteri didermakan kepada penduduk Cina di kampung baru

Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Kampung Baru
i. Mengadakan Sekatan Jalan Raya
· Tujuan – mencegah bekalan makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis
· Tanpa barang2 keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka
· Ia memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis

ii. Sistem Pendaftaran Kebangsaan
· Tujuan – mengawal pergerakan penduduk
· Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis

Kesan Kejayaan Rancangan Briggs
· Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan PKM
· Sokongan terhadap PKM semakin merosot
· Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam
· PKM berundur ke selatan Thailand

3.2.5 Perang Saraf
· Merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati & fikiran rakyat”
· Tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di TM & Pengarah Gerakan
· Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser
· Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata2 tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis

Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf
i. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
· Dilaksanakan dengan jayanya
· Penduduk pelbagai kaum bersama2 membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
· Penduduk membakar patung2 komunis

ii. Mengedar Risalah Menentang Komunis
· Risalah diedarkan ke seluruh TM
· Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis
· Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air

iii. Konsep “Kawasan Hitam” & “Kawasan Putih”
· Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif & dikenakan perintah berkurung
· Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi
· Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis
· Contoh kawasan putih – Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis & Negeri Sembilan
· Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954

iv. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina
· Tujuan – menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf
· Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina & 180 ribu orang India menjadi warganegara TM
· Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan & kesejahteraan rakyat

v. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis
· Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis
· Contoh;
· Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000
· Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak & nama sebenarnya Ong Boon Hua
· Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000
· Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura

vi. Peranan Sultan & Menteri Besar
· Sultan & menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah2 kerajaan menentang komunis
· Contoh;
· Sultan Pahang - sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis & orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara
· Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga
· Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di TM
· Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas

vii. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan
· Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan
· Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut

3.2.6 Pengampunan Beramai-Ramai
· Tujuan – menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
· Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu & Tamil
· setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu
· Poster ditampal di serata tempat
· Iklan & wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri

3.2.7 Pertemuan Baling
· Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera & menamatkan darurat
· Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis
· Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan
· Pada 28 & 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling
· Rundingan ini diwakili oleh;
· Wakil kerajaan PTM – Tunku Abdul Rahman, David Marshall & Tun Tan Cheng Lock
· Wakil PKM – Chin Peng, Chien Tien & Rashid Maidin
· Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata & menyerah diri
· Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan letak senjata & menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
· Hasilnya – pertemuan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
· Alasan Tunku Abdul Rahman;
· Fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di TM
· Beliau sedia berunding dengan PKM pada bila2 masa jika PKM berubah fikiran
· TM mencapai kemerdekaan semasa undang2 darurat belum ditamatkan lagi
· Apabila TM merdeka pengaruh komunis semakin merosot
· Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat

3.3 KESAN DARURAT
3.3.1 Kesan Politik
i. Undang2 Darurat 1948
· Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis
· Tujuan – membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga gerakan Min Yuen

ii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan
· Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952
· Tujuan – menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis

iii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan
· Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat TM
· Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan
· Tujuan British – supaya PKM tidak mempunyai alas an untuk meneruskan perjuangan mereka

iv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
· Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan
· Kesan;
· Orang Cina mula memberi kerjasama & membantu kerajaan membanteras komunis
· Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis

3.3.2 Kesan Ekonomi
i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram
· Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian

ii. Kemusnahan Kemudahan Asas
· Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam

iii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang
· Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
· Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja

iv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat
· Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat
· Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan;
· Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan
· Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat

v. Pembangunan Luar Bandar Terabai
· Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis & darurat
· Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru
· Kesan – pembangunan luar Bandar kurang diberi perhatian

3.3.3 Kesan Sosial
i. Kecederaan & Kematian
· Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis & orang awam terkorban
· Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah;
· Seramai 21 231 orang awam & tentera terbunuh & cedera
· Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban

ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita
· Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun
· Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk TM
· Antaranya;
· Penduduk sukar bergerak
· Sukar mendapat bekalan makanan
· Terpaksa mematuhi pelbagai undang2 yang dikenakan kerajaan
· Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
· Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung
· Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi & keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun

iii. Masalah Hubungan Kaum
· Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di TM
· Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
· Tujuan – mengeratkan kerjasama antara kaum di TM

iv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
· Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran TM sendiri
· Tujuan – memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda
· Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum

SEKIAN -SELAMAT MAJU JAYA

TINGKATAN 3 (BAB 2)

BAB 2
MALAYAN UNION DAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
-Malayan Union (MU)) diperkenalkan tahun 1946
-Ia membangkitkan gerakan nasionalisme Melayu
-Orang Melayu menentang MU yang dianggap cuba menjajah Tanah Melayu & menghapusklan ketuanan Melayu
-Ketuanan Melayu bermaksud semangat cinta akan apa saja berkaitan bangsa Melayu seperti hak politik, bahasa, budaya & adat istiadat
-Tentangan ini melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada Februari 1948

2.1 TANAH MELAYU SELEPAS KEKALAHAN JEPUN

-Jepun kalah tahun 1945
-Tanah Melayu dikuasai Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari
-PKM banyak melakukan keganasan
-Tanah Melayu menjadi huru-hara
-Keadaan diselamatkan oleh Pentadbiran Tentera British (PTM) atau British Military -Administration (BMA)
-BMA – merupakan pentadbiran bercorak tentera oleh British sebelum Malayan Union diperkenalkan

Keganasan 14 Hari

-Jepun meninggalkan Tanah Melayu selepas kalah
-Berlaku “kekosongan Politik” kerana tiada kuasa yang memerintah
-Kekosongan politik – suatu masa atau keadaan sesebuah negara atau negeri yang tidak -mempunyai sebuah kerajaan atau pemerintah
-PKM mengambil kesempatan untuk menguasai keadaan Tanah Melayu
-Tanah Melayu dikuasai oleh cawangan tentera PKM iaitu Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) selama 14 hari
-Tentera MPAJA dikenali sebagai “Bintang Tiga”
-MPAJA telah menguasai – bandar, daerah2 penting, balai polis & pejabat pentadbiran kerajaan
-MPAJA juga menjalankan;
i. Undang2 sendiri seperti – menghukum sesiapa yang bekerjasama dengan Jepun
ii. Mengenakan cukai kepala, cukai harta & cukai tanah

Antara keganasan MPAJA;

  • Menculik & menyeksa sesiapa yang dianggap bersubahat dengan Jepun
  • Menghukum penduduk yang menganiayai orang Cina
  • Merampas harta benda orang kampung
    Membunuh sesiapa yang dianggap bersalah
  • Contoh keganasan;
    Di Batu Pahat – PKM membunuh seorang penghulu yang dianggap bersubahat dengan Jepun
    Pegawai Daerah yang cuba berunding juga dibunuh
    Di Jelebu, Negeri Sembilan – PKM mencemarkan masjid & surau
    Di Kampung Bakor & Sungai Manik, Perak – PKM membakar rumah2 yang berpenghuni di waktu malam


Kesan keganasan;

  • Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM orang Cina
  • Penduduk Melayu bangkit menentang PKM
  • Berlaku huru-hara di bebarapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu
    Contoh – di Batu Pahat & Muar – orang Melayu pimpinan Kiai Salleh Karim bergabung tenaga menyerang orang Cina di bandar Batu Pahat
    Berjaya dihalang oleh Pegawai Daerah Batu Pahat, Dato’ Onn Jaafar
  • Ketegangan kaum ini berjaya diatasi oleh Pentadbiran Tentera British

Pentadbiran Tentera British

  • PTB – merupakan pentadbiran tentera yang diperkenalkan British pada September 1945
  • Diketuai oleh Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam – Sir Ralph Hone
  • Tujuan PTB – melaksanakan suatu pentadbiran peralihan sebelum sebuah pentadbiran awam diperkenalkan
  • Antara kejayaan PTB:
    Menghapuskan kuasa PKM selama 14 hari di Tanah Melayu
    Memujuk PKM & MPAJA serah senjata
    Kawal & hentikan pergaduhan kaum
    Wujudkan keamanan & tegakkan undang2

Kesan;

  • Berjaya mengamankan Tanah Melayu
  • British perkenalkan Malayan Union

MALAYAN UNION (MU)

  • Diisytiharkan British pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur
  • Gabenor pertama – Sir Edward Gent
  • MU menggantikan PTB di Tanah Melayu


Malayan Union merupakan;

  • Usaha British mengukuhkan pengaruh politik & ekonominya di Tanah Melayu
    Penjajahan secara mutlak oleh British

Tujuan Penubuhan MU

  • Mengurangkan & mengawal kuasa politik orang Melayu
  • Menjimatkan perbelanjaan British – NNS, NNMB & NNMTB
  • Menjamin terus penguasaan British terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu
  • Memastikan sumbangan golongan imigran tidak terjejas sebagai sumber tenaga kerja, pelabur & pengembang ekonomi Tanah Melayu
  • Mengukuhkan pertahanan British di Tanah Melayu & Asia Tenggara
  • Mewujudkan suatu pentadbiran cekap & seragam
  • Menyediakan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri
  • Membentuk satu bangsa Malayan Union

Ciri-Ciri Malayan Union

  • MU berjaya mengubah status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada sebuah Tanah Jajahan Mahkota
  • Negeri naungan – negeri yang dilindungi oleh British & raja2 Melayu masih menjadi ketua negeri
  • Tanah Jajahan Mahkota – negeri yang diperintah oleh British secara langsung & berada di bawah Parlimen British iaitu Melaka & Pulau Pinang
  • MU mewujudkan satu pentadbiran bersifat ‘kesatuan’

Ciri-ciri utama;

  • NNMB, NNMTB & NNS digabungkan menjadi satu unit politik
  • Dibentuk Majlis Eksekutif & Majlis Undangan Malayan Union
  • Malayan Union diketuai oleh seorang Gabenor British yang dilantik oleh Raja England
  • Kewarganegaraan sama rata melalui prinsip jus soli yang menjadi asas kerakyatan MU
  • Raja2 menjadi ahli Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu) yang hanya membincangkan soal agama Islam & adat istiadat Melayu
  • Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir
    Parlimen British menjadi pemutus undang2 MU
  • Bentuk Pentadbiran Malayan Union
    Parlimen British – pemutus undang2 MU
    Gabenor MU - dilantik Raja England
  • Gabenor dibantu oleh Majlis Eksekutif, Majlis Undangan & Majlis Melayu (Majlis Raja2 Melayu
    Pesuruhjaya Negeri – sebagai ketua pentadbir setiap negeri


REAKSI PENDUDUK TEMPATAN TERHADAP MALAYAN UNION

Terdapat pelbagai reaksi (tindak balas)
Ada yang menyokong & ada yang menentang

i. Golongan Yang Menyokong MU:

  • Disokong sekumpulan kecil orang Melayu yang radikal & golongan imigran
    Antara golongan radikal Melayu;
  • PKMM – Parti Kebangsaan Melayu Malaya
    PKMM ditubuhkan Oktober 1945 oleh PKM di Ipoh & Presiden pertamanya ialah Mokhtaruddin Lasso, Ketua Rejimen 10 Melayu, PKM
    API – Angkatan Pemuda Insaf
    AWAS – Angkatan Wanita Sedar
    BATAS – Barisan Tani Malaya

Alasan sokongan;

  • MU akan menyatukan sistem pentadbiran Tanah Melayu
  • MU melahirkan pentadbiran baru & tidak berasaskan kuasa raja & pembesar Melayu
  • Menyokong kerakyatan terbuka
  • Penyatuan pentadbiran agama Islam bagi seluruh Tanah Melayu
  • Percaya dengan janji British akan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu
  • Antara golongan yang menyokong pendirian radikal Melayu;
    PKM
    MDU (Malayan Democratic Union) – parti politik yang berpusat di Singapura & ahlinya terdiri daripada yang berpendidikan Inggeris
    AMCJA (All Malayan Council of Joint Action) – merupakan gabungan golongan imigran diketuai oleh Tun Tan Cheng Lock

Alasan sokongan;

  • MU menguntungkan kerana kerakyatan yang terbuka kepada sesiapa sahaja
  • MDU mencadangkan Singapura dimasukkan ke dalam MU

ii. Golongan Yang Menentang MU:
Ditentang kebanyakan peribumi Tanah Melayu

Sebab-Sebab Penentangan:

  • Penghapusan kedaulatan & kuasa raja2 Melayu – hanya menjadi ahli Majlis Raja2 Melayu, hilang takhta & maruah, pungutan zakat diletakkan di bawah kuasa gabenor British
  • Tamadun orang Melayu terhakis – sistem beraja, bahasa Melayu, tulisan Jawi, Ketuanan Melayu tercabar & orang Melayu akan hilang tanah air
  • Kerakyatan yang terlalu liberal – jus soli mengancam status quo orang Melayu & jumlah orang Melayu terancam akibat kerakyatan imigran terlalu mudah
  • Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengancam raja2 Melayu – turun takhta & tidak diberi masa cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri


Cara Penentangan Terhadap MU
Dalam 3 bentuk – secara individu, melalui akhbar & secara kolektif

i. Secara Individu:

  • Peranan Dato’ Onn Jaafar
    Pada 23 Januari 1946 beliau menulis surat kepada akhbar Utusan Melayu
    Tujuan – menyeru orang Melayu mengadakan kongres & menubuhkan U.M.O (United Malays Organization)
  • Raja2 Melayu membantah MU – menghantar surat kepada Setiausaha Tanah Jajahan kerana dipaksa menerima MU
    Kesan - bantahan orang Melayu menimbulkan kesedaran raja2 Melayu supaya berganding bahu menentang MU
  • Sokongan – tindakan orang Melayu disokong bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Swettenham, R.O Winstedt, Sir Frederick Weld & Sir Cecil Clementi
  • Mereka menentang cadangan MU secara terbuka dalam akhbar The Times di London

ii. Melalui Akhbar:

  • Menyuarakan bantahan melalui akhbar Majlis, Utusan Melayu & Warta Negara
    Akhbar Majlis – akhbar pertama menyeru orang Melayu menentang Mu
    Utusan Melayu – pada 12 Oktober 1945 menyeru raja2 Melayu berfikir jika MU tidak ditentang
    Warta Negara – pada 14 November 1945 menggesa orang Melayu menentang MU

iii. Secara Kolektif (Beramai-Ramai):

  • Penentangan lebih berbentuk penyertaan masyarakat iaitu secara demonstrasi, menubuhkan persatuan2 Melayu, menubuhkan Kongres Melayu 1946 & mengadakan rapat umum

a. Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara aman
Contoh demonstrasi;
-Di Alor Setar – seramai 50 000 orang
-Di Kota Bharu – seramai 10 000 orang
-Di Johor Bharu – orang ramai berkumpul di hadapan Masjid Sultan Abu Bakar
Tujuan demonstrasi;
-Membantah cara Sir Harold MacMichael memperoleh tandatangan raja2 Melayu
-Membantah MU yang akan menghapuskan kedaulatan negeri2 Melayu & kedudukan orang Melayu sebagai anak negeri
-Contoh slogan yang digunakan;
“Tanah Melayu Hak Melayu, Malayan Union Tidak Dikehendaki”
“Bersatu Teguh Bercerai Roboh”
b. Menubuhkan persatuan2 Melayu
-banyak persatuan Melayu ditubuhkan & dihidupkan semula
-tujuan – menentang Mu secara berorganisasi
-contoh – Persatuan Melayu Terengganu & Persatuan Kebangsaan Melayu Selangor
-persatuan2 menghantar telegram & surat bantahan ke Pejabat Tanah Jajahan di London
-mereka menolak sama sekali pentadbiran MU
-contoh – Telegram Islamic Voice of Malaya, Pulau Pinang
c. Menubuhkan Kongres Melayu 1946
-Kongres Melayu pertama diadakan pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
-Dihadiri 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu
-Dirasmikan oleh Sultan Selangor iaitu Sultan Hishamuddin Alam Shah & menderma sebanyak $500
-Pengerusi Kongres Melayu yang pertama – Dato’ Onn Jaafar
-Hasil kongres – bersetuju menubuhkan United Malays National Organization (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR)
-Mendapat sambutan hebat
-Orang ramai membawa sepanduk patriotik menentang MU
-Tampil berucap – wakil kaum Ibu iaitu Che Maznah & wakil kanak2
-Kata2 “Wahai bapa2 kami, peliharalah hak2 kami sementara kami besar” menjadi pendorong & penguat semangat perjuangan
-Kongres Melayu Kedua diadakan pada 30 hingga 31 Mac 1946
-Tujuan – membantah pengisytiharan MU yang akan diadakan pada 1 April 1946
-Dihadiri 9 wakil persatuan2 negeri Melayu
-Mesyuarat diadakan di pejabat akhbar Majlis di Kuala Lumpur
-Memutuskan 3 perkara penting;
(i) Meminta raja2 Melayu memulaukan majlis pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
(ii)Meminta orang Melayu yang dilantik menganggotai sebarang majlis pentadbiran MU memulaukan pelantikan itu
(iii) Menuntut orang Melayu berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok
d. Mengadakan rapat umum
-Diadakan semasa lawatan L.D. Gammans & David Rees Williams (ahli Parlimen British) di setiap bandar pada Mei 1946
-Tujuan lawatan untuk melihat sejauh mana orang Melayu benar2 menentang MU
-Orang Melayu berkumpul di Singapura, Johor Bharu, Muar, Batu Pahat, Rembau, Seremban, Klang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Setar & George Town
-Orang Melayu membawa sepanduk yang mengutuk MU & Sir Harold MacMichael
-Peranan Kaum Wanita / Kaum Ibu Dalam Menentang Pelaksanaan MU
-Memainkan peranan penting menyokong penuh perjuangan UMNO menentang MU
Antaranya;
*Halimahton Majid – pemimpin Kaum Ibu UMNO, Rembau berucap dalam perhimpunan kaum ibu membantah MU
*Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid – Setiausaha Kaum Ibu UMNO yang pertama – telah mengetuai Bahagian Wanita Perikatan Melayu Perak & bergabung tenaga dengan kaum lelaki menyokong Kongres Melayu 1946
*Cikgu Zahara Abdullah – berucap menentang MU di Batu Pahat
Di Selangor, Persatuan Kaum Ibu Selangor telah ditubuhkan khusus menentang MU
Peranan kaum ibu ini telah mendapat pujian daripada Dato’ Onn Jaafar

PENUBUHAN UMNO

  • Keputusan penubuhan UMNO dibuat dalam Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
  • Pada 11 Mei 1946, sebanyak 29 buah persatuan menandatangani penubuhan UMNO di Istana Besar, Johor Bharu
  • Yang Dipertua pertama – Dato’ Onn Jaafar

Tujuan Penubuhan UMNO

  • Menjadi wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa kemajuan bangsa
    Tujuan penubuhan berubah mengikut keperluan semasa
    Contoh perubahan;
    i. Tahun 1946;
    -Menentang Malayan Union
    -Menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung Tanah Melayu
    -Mewujudkan satu organisasi nasional
    -Menjaga kepentingan politik & ketuanan Melayu
    -Memajukan pendidikan orang Melayu
    -Melindungi kepentingan orang Melayu tetapi belum bersedia menuntut kemerdekaan
    ii. Tahun 1949;
    -Menjalankan fungsi sebuah parti siasah (berkaitan politik & pentadbiran) di Tanah Melayu yang sempurna sebagai penyatu bangsa Melayu
    -Menjalankan ikhtiar & langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan merdeka yang memerintah Tanah Melayu
    -Memajukan orang Melayu dalam hal berkaitan dengan perkara siasah, kebajikan hidup, kebudayaan & ikhtisas (berkaitan ekonomi)
    -Menjadi pelindung kedaulatan tanah air
    -Mula menuntut kemerdekaan

Perjuangan Tokoh UMNO
Tokoh2 UMNO terlibat secara langsung dalam jawatankuasa penggubalan perlembagaan UMNO tahun 1949


Antaranya;
i. Dato’ Onn Jaafar
-Yang Dipertua UMNO pertama (1946-1951)
-Merupakan pengasas UMNO
-Mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kuala Kangsar & England
-Sebelum memimpin UMNO, beliau bertugas sebagai Pegawai Tadbir Johor & wartawan yang terkenal
-Tahun 1946 dilantik menjadi Menteri Besar Johor kerana berjaya memulihkan keamanan di Batu Pahat semasa pergaduhan kaum (keganasan 14 hari)
-Merupakan orang pertama menyeru orang Melayu bersatu secara berorganisasi di peringkat nasional
-Beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah parti politik bertujuan menentang MU
-Berjaya menganjurkan Kongres Melayu 1946 di Kuala Lumpur
-Sumbangan terbesar – menyatukan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu & berjaya menumbangkan MU
-Menjelajah ke seluruh Tanah Melayu untuk menunjukkan kepada Britisih bantahan orang Melayu terhadap MU
-Berjaya memujuk raja2 Melayu memulaukan upacara pelantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor MU
-Menjadi ahli jawatankuasa yang menggubal Perlembagaan UMNO tahun 1949
-Beliau mengambil beberapa perlembagaan parti luar negara sebagai panduan

ii. Dato’ Panglima Bukit Gantang (1905-1959)
-Nama sebenar – Abdul Wahab bin Abdul Aziz
-Merupakan Setiausaha Agung UMNO pertama
-Berpendidikan di Anderson School, Ipoh, Perak & Inner Temple, England
-Apabila MU diperkenalkan beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak – tujuan menyokong -Kongres Melayu menggagalkan MU
-Beliau menjadi Ketua Bahagian UMNO Perak dari tahun 1948-1953

iii. Dato’ Nik Ahmed Kamil Nik Mahmud (1909-1977)
-Merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Pusat & Ketua UMNO Kelantan
-Mendapat pendidikan di Sekolah Majlis Agama Islam, Kota Bharu & Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak
-Beliau melanjutkan pelajaran ke Lincoln’s Inn, London, England
-Beliau menjadi peguam yang bertauliah
-Pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sebelum menjadi Menteri Besar Kelantan tahun 1948-1955

iv. Zainal Abidin bin Ahmad (Zaaba) – 1895-1973
-Dianggap seorang intelektual Melayu
-Digelar Pendeta Bahasa Melayu yang ulung
-Berasal dari Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
-Terlibat dalam Kongres Melayu tahun 1946
-Dato’ Onn Jaafar meminta beliau menguruskan persidangan kongres tersebut
-Beliau juga mencadangkan kepada Dato’ Onn Jaafar supaya menambah perkataan “kebangsaan” atau national ke dalam United Malays Organization (UMO) menjadi United Malays National Organization (UMNO)

Perjuangan & Perkembangan UMNO

  • Berjaya memajukan orang Melayu dalam bidang politik, ekonomi, sosial & pendidikan
  • Sebuah parti yang memperjuangkan perpaduan orang Melayu seluruh Semenanjung Tanah Melayu
  • UMNO mewakili kepentingan orang Melayu yang menjadi dasar perjuangan UMNO

Perjuangan utama UMNO ialah;

  • Menumbangkan MU
  • Menyatupadukan orang Melayu
  • Memperjuangkan ‘ketuanan Melayu’
  • Menghapuskan semangat kenegerian & kedaerahan orang Melayu
  • Mewujudkan sebuah parti politik bercorak kebangsaan
  • Memajukan pendidikan orang Melayu
  • Mengusahakan kemajuan ekonomi & kebajikan orang Melayu

Beberapa mesyuarat agung diadakan di bandar2 besar
Contoh;

  • Jun 1946 – di Kota Bharu, Kelantan
  • Tahun 1948 – di Pulau Pinang & dirasmikan Sultan Kedah iaitu Sultan Badlishah
  • Biasanya mesyuarat agung UMNO dirasmikan oleh sultan atau raja2 Melayu setempat
    Menunjukkan perjuangan UMNO direstui
  • Tahun 1946 – Piagam UMNO 1946 dibentuk yang merupakan perlembagaan UMNO pertama
  • Tujuan – sebagai garis panduan untuk UMNO bergerak
  • Piagam ini mempunyai 5 bab
  • Tahun 1949 – Perlembagaan UMNO 1949 yang pertama diluluskan untuk menjadikan UMNO sebuah parti politik yang kukuh

Lambang UMNO
Menjadi identiti UMNO, antaranya;

(i) Logo UMNO – dalam tulisan Jawi iaitu perkataan PEKEMBAR

(ii) Cogan kata – “HIDUP MELAYU” – dicipta oleh Dato’ Onn Jaafar untuk menyatukan ahli UMNO
Cogan kata ini sebenarnya merupakan slogan Pergerakan Melayu Semenanjung Johor pimpinan Dato’ Onn Jaafar sendiri
Bulan Mac 1950 – cogan kata ini ditukar kepada “Merdeka” atas cadangan wakil Pemuda Bahagian UMNO Batu Pahat iaitu Syeikh Gharieb Raub

(iii) Bendera UMNO – terdiri drpd warna merah, putih, kuning & hijau
Merah – keberanian
Putih – kesucian & keikhlasan
Kuning – lambang raja
Hijau – keris hijau lambang agama Islam & tamadun Melayu
Pemilihan bendera diputuskan dalam persidangan UMNO di Ipoh, Perak pada Jun 1946
Dicadangkan oleh Ikatan Setia Kampung Baru, Kuala Lumpur
Bendera UMNO pertama kali dikibarkan pertama kali pada Mesyuarat Agung UMNO di Pulau Pinang 27 Julai 1947

PENUBUHAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

  • Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan pada 1 Februari 1948
  • Tujuan – menggantikan MU
  • Merupakan kejayaan penting kepada perjuangan orang Melayu
  • Rundingan Awal Ke Arah Penubuhan PTM
    i. Rundingan Menolak Pelaksanaan MU
    -Sejak Januari hingga Mei 1946 orang Melayu mengadakan bantahan secara aman
    Tujuan – menolak MU
    -Mei 1946 – raja2 Melayu mengadakan pertemuan dengan British di Kuala Kangsar
    Tujuan – menyampaikan pandangan menolak MU
    -Jun 1946 – rundingan UMNO dengan British di Pulau Pinang
  • Kesan;
    -British mengadakan rundingan rasmi dengan raja2 Melayu & UMNO
    -Raja2 Melayu & UMNO menyerahkan satu memorandum menyatakan bantahan terhadap MU secara rasmi
  • ii. Rundingan Menubuhkan PTM
  • Pada 25 Julai 1946 Jawatankuasa Eksekutif ditubuhkan
    -Dianggotai pegawai kanan British, wakil raja2 Melayu & wakil UMNO
    -Perbincangan rasmi diadakan beberapa kali di King’s House, Kuala Lumpur
    -Beberapa tuntutan dikemukakan, antaranya;
    -Raja2 Melayu & orang Melayu menolak semua prinsip & struktur MU
    -Mereka mahukan sebuah bentuk persekutuan bagi seluruh Semenanjung Tanah Melayu
    -Mereka menolak kerakyatan jus soli
    -Mereka mahu taraf negeri naungan bagi negeri Melayu dipulihkan semula
    -Mendesak raja2 Melayu menjadi ketua negeri2 Melayu
  • Kesan rundingan;
    -British setuju membentuk PTM kerana tidak mahu orang Melayu menentang secara kekerasan
    -British tidak mahu Parti Komunis Malaya mempengaruhi orang Melayu
    -Sikap sederhana orang Melayu yang sentiasa bekerjasama dengan British & sikap pemimpin2 UMNO sentiasa berunding menyedarkan British
    -British mengubah dasarnya & melaksanakan dasar dekolonisasi (proses membebaskan negeri yang dijajah) yang digalakkan oleh PBB
    -Rundingan berakhir dengan termeterai Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada 21 Januari 1948
    -Pada 1 Februari 1948 PTM dibentuk & majlis menandatangani diadakan di King’s House, Kuala Lumpur

Ciri-Ciri Utama PTM 1948

  • Konsep Raja Berperlembagaan diperkenalkan
  • Majlis Raja2 Melayu ditubuhkan menggantikan Majlis Melayu
  • Perlindungan istimewa diberikan kepada orang Melayu & diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British
  • Syarat kerakyatan diperketatkan
  • Sebuah persekutuan dibentuk dengan gabungan 11 buah negeri2 Melayu kecuali 0Singapura
  • Pesuruhjaya Tinggi British menjadi Ketua Persekutuan & dibantu Majlis Mesyuarat Eksekutif & Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan
  • Perbezaan Antara Pentadbiran PTM Dengan MU:

Ketua Pentadbiran
PTM -PTB & Raja2 Melayu
MU- GabenorBritish

Kuasa Peringkat Pusat
PTM- Majlis Mesy. Eksekutif, Majlis Mesy. Perundangan Persekutuan & Majlis Raja2 Melayu
MU-Parlimen British

Kuasa Peringkat Negeri PTM-Sultan, Menteri Besar &Majlis Mesyuarat Negeri
MU-Pesuruhjaya Negeri2 & Majlis Mesyuarat Negeri

Ketua Agama & Adat PTM-Sultan negeri
MU-Gabenor British

Bahasa Pentadbiran
PTM-Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
MU- Bahasa Inggeris

Perbezaan Kerakyatan PTM Dengan MU:

Cara Mendapatkan Kerakyatan:

  • Secara kuatkuasa undang-undang

PTM-Jus soli terbuka kepada Rakyat Raja & Rakyat British
Pemohon yang lahir di luar negeri tetapi bapanya adalah rakyat raja atau rakyat British

MU-Jus soli bagi mereka yang lahir di MU, Singapura & tanah jajahan British yang lain
Pemohon yang berusia 21 tahun, tiada rekod jenayah & bersetuju taat setia kepada PTM
Mereka yang berusia 21 tahun & telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahun di TM serta boleh bertutus Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

  • Secara permohonan

PTM-Pemohon yang berusia 21 tahun, tiada rekod jenayah & bersetuju taat setia kepada PTM
Mereka yang berusia 21 tahun & telah tinggal selama 8 tahun daripada 12 tahun di TM serta boleh bertutus Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

MU-Pemohon yang tinggal selama 5 tahun daripada 7 tahun dari tarikh permohonan
Anak angkat pemohon yang telah menjadi rakyat MU

SEKIAN-TAMAT

Wednesday, February 4, 2009

SEJARAH TINGKATAN 3 (BAB 1)

PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
*MENYATAKAN FAKTOR KE NEGARA KITA*MERUMUSKAN FAKTOR KEDATANGAN JEPUN
*MENJELASKAN DASAR PEMERINTAHAN JEPUN
*MENGHUBUNGKAITKANPENDUDUKAN JEPUN DENGAN GERAKAN NASIONALISME
*MENGHURAIKAN KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN
*MENYENARAIKAN IKTIBAR DARIPADA PENDUDUKAN JEPUN

PEMBAHARUAN MAHARAJA MEIJI:
*PEMULIHAN POLITIK
*PEMODENAN EKONOMI
*PERINDUSTRIAN
*MENJADIKAN NEGARA BARATSEBAGAI MODEL PEMBANGUNAN

PERLUASAN KUASA JEPUN:
*PERANG CHINA –JEPUN -1895
*PERANG RUSIA-JEPUN-1905
*JEPUN MENGUASAI KOREA-1910
*JEPUN MENGUASAI MANCHURIA-1932
*JEPUN MEMENANGI PERANG CHINA –JEPUN KEDUA-1937*JEPUN MENDUDUKI INDO-CHINA-1941
*JEPUN MENYERANG ASIA TENGGARA- 1941

FAKTOR KEDATANGAN JEPUN KE ASIA TENGGARA,TANAH MELAYU,SABAH DAN SARAWAK
*SUMBER BAHAN MENTAH
*PASARAN BARANGAN INDUSTRI
*SEKATAN EKONOMI AMERIKA SYARIKAT

SLOGAN DAN PROPAGANDA JEPUN :
*”ASIA UNTUK ASIA”*”SEMANGAT ASIA”*”KAWASAN KESEMAKMURAN BERSAN ASIA TIMUR RAYA”

CARA KEMARAAN JEPUN
*UDARA-KAPAL TERBANG PERANG
*DARAT- KERETA KEBAL DAN BASIKAL
*LAUT-KAPAL PERANG DAN BOT.

KESAN PEPERANGAN DI TANAH MELAYU:
*KEMUSNAHAN INFRASTRUKTUR
*SUMBER EKONOMI
*BANGUNAN

TAKTIK PEPERANGAN BRITISH-”BUMI HANGUS”:
*TANAH MELAYU-MEMUSNAHKAN JAMBATAN,JALAN KERETAPI,JALAN RAYA,LADANG-LADANG DAN KAWASAN PERLOMBONGAN.
*SARAWAK-MEMBAKAR TELAGA MINYAK DAN DOKUMEN KERAJAAN.

TENTANGAN TERHADAP SERANGAN JEPUN:
*ASKAR INDIA-GURKHA*AUSTRALIA*BRITISH*REJIMEN ASKAR MELAYU

FAKTOR-FAKTOR KEJAYAAN JEPUN MENGALAHKAN BRITISH DI TANAH MELAYU
*KELENGKAPAN PERANG TENTERAJEPUN
*PAKATAN JEPUN-THAILAND
*TAKTIK SERANGAN JEPUN
*PERANAN KESATUAN MELAYU MUDA(KMM)
*SEMANGAT TENTERA JEPUN
*KELEMAHAN TENTERA BRITISH
*PERANCANGAN AWAL PERANG

DASAR PEMERINTAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU
*PEMERINTAHAN SECARA TENTERA
*TANAH MELAYU DIKENALI SEBAGAI “MALAI BARU”
*SINGAPURA SEBAGAI “SYONAN”
*SABAH,SARAWAK DAN BRUNEI DIGABUNG SEBAGAI BORNEO UTARA
*TANAH MELAYU DAN SUMATERA DIGABUNG DIBAWAH PENTADBIRAN PUSAT YANG DIKETUAI OLEH PENGARAH AGUNG DI SINGAPURA.
*PENTADBIRAN WILAYAH DIKETUAIGABENOR WILYAH.
*NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DISERAH KEPADA THAILAND
*PENTADBIRAN BORNEO UTARA DIKETUAI GABENOR JENERAL BERIBU PEJABAT DI KUCHING.
*SARAWAK DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA WILAYAH
*SABAH DIBAHAGIKAN KEPADA DUA WILAYAH
*SETIAP WILAYAH DIKETUAI OLEH GABENOR WILAYAH
*PENTADBIRAN DAERAH TIDAK BANYAK BERUBAH.

DASAR PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN DI TANAH MELAYU
*POLITIK:-KEDUDUKAN SULTAN-STATUS TANAH MELAYU-MAJLIS AGAMA ISLAM
*EKONOMI:-EKSPLOITASI EKONOMI-MATA WANG JEPUN-PENGENALAN EKONOMI KAWALAN
*PENJEPUNAN DAN SOSIAL:-PENGARUH BARAT DAN CINA-KESETIAAN TERHADAP JEPUN-PENGGALAKKAN BUDAYA JEPUN-LAYANAN TERHADAP ORANG MELAYU, CINA, INDIA

REAKSI PENDUDUK
*ORANG MELAYU-SEBAHAGIAN BESAR TIDAK MENENTANG JEPUN-KMM MENGADAKAN PAKATAN SULIT DENGAN JEPUN.
*ORANG CINA:-TERLIBAT DALAM GERAKAN ANTI JEPUN-MEMULAU BARANGAN JEPUN-SEGOLONGAN KECIL MENYOKONG JEPUN
*ORANG INDIA-MENYOKONG JEPUN

GERAKAN ANTI JEPUN
*MPAJA*FORCE 136
*ASKAR MELAYU SETIA
*PASUKAN WATANIAH PAHANG
*GERILA KINABALU
*PASUKAN GERILA DATU MUSTAPHA
*PASUKAN GERILA DI SANDAKAN
*PENENTANGAN DI PESISIR PANTAI SARAWAK

KESAN PEMERINTAHAN TENTERA JEPUN
*POLITIK-KEYAKINAN KEPADA ORANG ASIA-MENYEMARAKKAN SEMANGAT KEBANGSAAN-MENOLAK PENJAJAHAN BARAT-KEKURANGAN PEGAWAI AWAM-PENGLIBATAN PENDUDUK TEMPATAN DALAM PENTADBIRAN-PEMBELA TANAH AIR (PETA) DITUBUHKAN-KEGIATAN POLITIK DIAWASI-KEBEBASAN BERSUARA DISEKAT-PENUBUHAN KESATUAN RAKYAT INDONESIA SEMENANJUNG(KRIS)-SEMANGAT KEBANGSAAN ORANG INDIA-SEMANGAT KEBANGSAAN ORANG CINA-PERLUASAN PENGARUH KOMUNIS-JANGAN PERCAYA KEPADA JANJI BANGSA ASING
*EKONOMI-JANJI SLOGAN GAGAL-EKONOMI MEROSOT-GAJI KAKITANGAN AWAM DIKURANGKAN-PENGGANGURAN-PERDAGANGAN ANTARABANGSA TERHENTI-SEKATAN EKONOMI PIHAK BARAT-EKONOMI KAWALAN-MATA WANG TAK BERNILAI-INFLASI-BEKALAN KEPERLUAN HARIAN SUKAR DIPEROLEHI-CATUAN MAKANAN-PERPINDAHAN PENDUDUK-PENDUDUK KREATIF-INDUSTRI BARU
*SOSIAL-PENDUDUK SENGSARA DAN KETAKUTAN-SEKATAN PERJALANAN-PENDUDUK CURIGA MENCURIGAI-MANGSA KEKEJAMAN KEMPETAI-BURUH PAKSA-KEMUDAHAN KESIHATAN TERJEJAS-WABAK PENYAKIT-KEBULURAN


INFO SEJARAH: JEPUN SEBAGAI SEBUAH KUASA PENJAJAH
*Menjelang tahun 1942, Empayar Jepun (Kyūjitai: 大日本帝國; Shinjitai: 大日本帝国; disebut Dai Nippon Teikoku; secara rasminya Empayar Jepun Agung) merangkumi sebahagian besar Asia Timur dan Asia Tenggara. Pada 1854, Komodor tentera laut Amerika Syarikat Matthew Perry memaksa pembukaan Jepun ke kuasa Barat dengan Konvensyen Kanagawa. Ramai wira samurai memberontak, melihat apa yang dianggap oleh mereka kelemahan Shogun, dan Pemberontakan ini meluas menjadi Perang Boshin 1867-68. Shogun terpaksa meletak jawatan, dan Restorasi Meiji memulangkan kuasa ketua negara ke maharaja.

*Idea institusi Barat mula digunakan semasa era Meiji, termasuk kerajaan moden, sistem perundangan dan tentera. Reformasi-reformasi ini mengubahkan Empayar Jepun menjadi kuasa besar yang mengalahkan negara China didalam Perang China-Jepun dan Rusia didalam Perang Rusia-Jepun. Dari 1910, Jepun mengawal Taiwan, setengah pulau Sakhalin, dan Korea.
Awal abad ke-20 melihat tempoh singkat "demokrasi Taisho" ditenggelami oleh kebangkitan peluasan Jepun, mendorong kepada penjajahan Manchuria dan Perang Sino-Jepun (1937). Pada tahun 1941, Jepun menyerang pengkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor dan pada masa yang sama satu lagi ketumbukan tentera telah menyerang Tanah Melayu.Tindakan ini menandakan penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.

*Setelah kempen yang panjang di Lautan Pacifik, Jepun kehilangan jajahan yang diperolehi awalnya, dan Amerika Syarikat hampir ke jarak untuk memulakan pengeboman strategik ke atas Tokyo, Osaka, dan bandar-bandar lain. Jepun menyerah selepas pengeboman bom atam bandar Hiroshima dan Nagasaki . Pada tahun 1945 Jepun telah kehilangan keseluruhan tanaha jajahanya di Asia dan Pasifik.
*Lagu Kimigayo
Kimigayo 君が代, lagu kebangsaan Jepun, hanya diberi status rasmi pada tahun 1999setelah lebih 100 tahun ia digubah. Ia merupakan sebuah puisi yang ditulis dengan cara Waka, terkenal pada era pemerintahan Heian. Namun tidak diketahui siapa yang mengarang puisi Kimigayo ini. Ada teori yang mengatakan bahawa Kimigayo juga merupakan sebuah puisi cinta.
Pada tahun 1869, Oyama Iwao dan beberapa pegawai tentera yang lain telah memilih Kimigayo sebagai lirik untuk lagu kebangsaan Jepun yang baru dan meminta John William Fenton untuk menggubah muziknya. Namun gubahan Fenton hanya digunakan sehingga tahun 1876. Melodi yang didengarkan sekarang digubah oleh Hayashi Hiromori pada tahun 1880.
LIRIK
君が代は: Kimi ga yo wa
千代に : Chiyo ni,
八千代に : Yachiyo ni
細石の : Sazare ishi no
巌となりて : Iwao to narite
苔の生すまで : Koke no musu made
TERJERMAHAN
Semoga kekuasaan Tuanku,
Berlanjut selama seribu (tahun),
Lapan ribu generasi,
Sampai kerikil,
Berubah menjadi batu karang,
Yang diselimuti lumut.
TAHUKAH ANDA
Jepun digelar Nippon atau Nihon dalam bahasa Jepun. Kedua-dua perkataan ini ditulis dengan huruf kanji yang sama, iaitu 日本. Sebutan Nippon sering digunakan dalam urusan rasmi, manakala Nihon biasanya digunakan dalam urusan tidak rasmi seperti perbualan harian.
Perkataan Nippon dan Nihon membawa maksud "negara matahari terbit". Nama ini berasal daripada perutusan rasmi negara China, dan merujuk kepada kedudukan relatif Jepun di sebelah timur benua Asia. Sebelum itu, Jepun dikenali sebagai Yamato (大和). Wa (倭) pula digunakan di negara China pada zaman Tiga Negeri.
Perkataan Jepun dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Kantonis, yang membawa sebutan Yat Pun.
Gelaran rasmi Jepun dalam bahasa Jepun ialah Nipponkoku atau Nihonkoku (日本国), yang bermaksud "negara Jepun".