Saturday, February 14, 2009

TINGKATAN 3 (BAB 3)

BAB 3
ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA & DARUR
AT
· PKM cuba menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya

3.1 PENYUSUPAN & KEGIATAN PENGGANAS MOMUNIS
Asal-Usul Fahaman Komunis
· Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pertengahan abad ke-19
· Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
· Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal & imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis
· Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan
· Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
· Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah & perindustrian
· Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia & China

3.1.1 Cara Penyusupan
· Di TM ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang
· Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan
· Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
· Orang Melayu tidak berminat dengan fahaman komunis kerana;
· Bertentangan dengan agama Islam & adat resam orang Melayu
· Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis)
· Komunis menggunakan kekerasan & kezaliman untuk mencapai matlamat

3.1.2 Penubuhan PKM

· PKM ditubuhkan pada tahun 1930
· Tujuan PKM – menubuhkan Republik Komunis Malaya
· PKM melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
· Kader – anggota baru PKM yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
· PKM cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
· Tahun 1935 kegiatan PKM menjadi semakin agresif
· Antara kegiatannya;
· Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang
· Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
· PKM melancarkan mogok & sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British
· Buktinya;
· Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong
· British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
· Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin PKM ditahan

PKM Semasa Jepun Menguasai TM:
· PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
· Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
· Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
· PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
· British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136

PKM Selepas Jepun:
· Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan & menyerahkan senjata
· PKM bersetuju bubarkan MPAJA
· Sebaliknya PKM tidak menyerahkan semua senjata & sembunyikan sebahagiannya
· Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata & menerima satu beg beras
· PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik

3.2.3 Keganasan Komunis
· Tahun 1948 beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
· Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
· Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
· PKM memulakan pemberontakan & keganasan, antaranya;
· PKM menyerang ladang & lombong milik syarikat Eropah
· Contoh – PKM musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
· PKM menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api & membunuh orang yang bersubahat dengan British
· Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British

3.2 LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS
3.2.1 Pengisytiharan Darurat
· Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
· Peristiswa ini menggemparkan British
· Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh TM
· Tujuan – melindungi kepentingan ekonomi British di TM
· Kesan - British Kuatkuasakan Undang2 Darurat 1948
· Undang2 ini membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis
· Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis

3.2.2 British Mengharamkan PKM & Parti2 Yang Berhaluan Kiri
· PKM diharamkan pada 23 Julai 1948
· Parti2 politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti;
· Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
· Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
· Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
· Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
· Parti Hizbul Muslimin

3.2.3 Memperbesarkan Pasukan Keselamatan
i. Menambah Anggota Polis & Tentara
· Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang
· British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji
· Tujuan - menghapuskan ancaman komunis di TM

ii. Menubuhkan Pasukan Home Guard
· Ditubuhkan di peringkat kampung
· Tujuan – membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan
· Anggota terdiri daripada kaum lelaki & wanita
· Kesan;
· Meniupkan semangat yang berkobar2 untuk mempertahankan negara di kalangan rakyat
· Sultan Selangor memberi kata2 semangat kepada pasukan ini
· Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney berasa kagum dengan kesanggupan & keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan
· Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil
· Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British
3,2,4 Rancangan Briggs
· Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950
· Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
· Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru
· Digelar ‘kampung baru’
· Contoh – kampung baru di Seberang Perai, Pulau Pinang
· Tujuan – menyekat bekalan makanan, wang, maklumat & ubat-ubatan kepada pihak komunis
· Tindakan ini sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen di TM apabila penduduk setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru · Min Yuen – ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat, bekalkan makanan & ubat kepada pengganas komunis
· Anggotan Min Yuen – pekerja lombong & ladang

Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
· Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh TM
· Kampung baru dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik & air paip
· Ia dipagari dengan kawat berduri & dikawal ketat oleh Special Constables (SC)
· Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya
· Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa
· Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat & ubat
· Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru
· MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina & menjalankan aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan
· Kutipan jualan loteri didermakan kepada penduduk Cina di kampung baru

Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Kampung Baru
i. Mengadakan Sekatan Jalan Raya
· Tujuan – mencegah bekalan makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis
· Tanpa barang2 keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka
· Ia memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis

ii. Sistem Pendaftaran Kebangsaan
· Tujuan – mengawal pergerakan penduduk
· Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis

Kesan Kejayaan Rancangan Briggs
· Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan PKM
· Sokongan terhadap PKM semakin merosot
· Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam
· PKM berundur ke selatan Thailand

3.2.5 Perang Saraf
· Merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati & fikiran rakyat”
· Tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di TM & Pengarah Gerakan
· Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser
· Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata2 tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis

Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf
i. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
· Dilaksanakan dengan jayanya
· Penduduk pelbagai kaum bersama2 membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
· Penduduk membakar patung2 komunis

ii. Mengedar Risalah Menentang Komunis
· Risalah diedarkan ke seluruh TM
· Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis
· Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air

iii. Konsep “Kawasan Hitam” & “Kawasan Putih”
· Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif & dikenakan perintah berkurung
· Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi
· Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis
· Contoh kawasan putih – Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis & Negeri Sembilan
· Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954

iv. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina
· Tujuan – menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf
· Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina & 180 ribu orang India menjadi warganegara TM
· Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan & kesejahteraan rakyat

v. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis
· Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis
· Contoh;
· Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000
· Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak & nama sebenarnya Ong Boon Hua
· Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000
· Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura

vi. Peranan Sultan & Menteri Besar
· Sultan & menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah2 kerajaan menentang komunis
· Contoh;
· Sultan Pahang - sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis & orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara
· Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga
· Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di TM
· Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas

vii. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan
· Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan
· Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut

3.2.6 Pengampunan Beramai-Ramai
· Tujuan – menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
· Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu & Tamil
· setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu
· Poster ditampal di serata tempat
· Iklan & wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri

3.2.7 Pertemuan Baling
· Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera & menamatkan darurat
· Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis
· Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan
· Pada 28 & 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling
· Rundingan ini diwakili oleh;
· Wakil kerajaan PTM – Tunku Abdul Rahman, David Marshall & Tun Tan Cheng Lock
· Wakil PKM – Chin Peng, Chien Tien & Rashid Maidin
· Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata & menyerah diri
· Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan letak senjata & menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
· Hasilnya – pertemuan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
· Alasan Tunku Abdul Rahman;
· Fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di TM
· Beliau sedia berunding dengan PKM pada bila2 masa jika PKM berubah fikiran
· TM mencapai kemerdekaan semasa undang2 darurat belum ditamatkan lagi
· Apabila TM merdeka pengaruh komunis semakin merosot
· Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat

3.3 KESAN DARURAT
3.3.1 Kesan Politik
i. Undang2 Darurat 1948
· Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis
· Tujuan – membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga gerakan Min Yuen

ii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan
· Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952
· Tujuan – menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis

iii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan
· Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat TM
· Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan
· Tujuan British – supaya PKM tidak mempunyai alas an untuk meneruskan perjuangan mereka

iv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
· Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan
· Kesan;
· Orang Cina mula memberi kerjasama & membantu kerajaan membanteras komunis
· Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis

3.3.2 Kesan Ekonomi
i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram
· Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian

ii. Kemusnahan Kemudahan Asas
· Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam

iii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang
· Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
· Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja

iv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat
· Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat
· Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan;
· Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan
· Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat

v. Pembangunan Luar Bandar Terabai
· Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis & darurat
· Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru
· Kesan – pembangunan luar Bandar kurang diberi perhatian

3.3.3 Kesan Sosial
i. Kecederaan & Kematian
· Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis & orang awam terkorban
· Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah;
· Seramai 21 231 orang awam & tentera terbunuh & cedera
· Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban

ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita
· Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun
· Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk TM
· Antaranya;
· Penduduk sukar bergerak
· Sukar mendapat bekalan makanan
· Terpaksa mematuhi pelbagai undang2 yang dikenakan kerajaan
· Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
· Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung
· Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi & keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun

iii. Masalah Hubungan Kaum
· Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di TM
· Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
· Tujuan – mengeratkan kerjasama antara kaum di TM

iv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
· Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran TM sendiri
· Tujuan – memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda
· Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum

SEKIAN -SELAMAT MAJU JAYA

No comments: