Monday, September 8, 2008

Soalan Dan Jawapan Tutorial, Tingkatan 4 Bab 6

SEJARAH TINGKATAN 4
BAB 6: ZAMAN PEMERINTAHAN KHULAFA AL-RASHIDIN

SOALAN 1 : BINCANGKAN SYARAT DAN CARA PERLANTIKAN KHALIFAH
Khalifah yang hendak dipilih mestilah memenuhi beberapa kriteria atau syarat. Antara syarat-syarat pemilihan khalifah ialah beliau mestilah seorang lelaki yang merdeka, beragama Islam, mempunyaii pengetahuan yang tinggi tentang Islam, sentiasa melakukan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Calon-calon juga hendaklah sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil, mempunyai akhlak yang baik, tubuh yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, pandai mentadbir kerajaan serta warak iaitu seorang yang taat dan patuh kepada hukuman Allah.
Terdapat empat kaedah pemilihan khalifah. Setiap khalifah dipilih melalui cara yang berlainan. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dilantik melalui kaedah musyawarah atau syura. Syura membawa maksud permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara. Saidina Abu Bakar kemudiannya mengusulkan nama Saidina Umar Al-Khattab sebagai pengganti beliau. Perlantikan ini dibuat dengan cadangan satu nama sahaja daripada khalifah yang terdahulu. Saidina Uthman bin Affan pula adalah antara enam orang calon yang terpilih unutk menjadi khalifah. Akhirnya beliau telah dipilih menjadi khalifah yang ketiga. Khalifah yang keempat iaitu Saidina Ali bin Abi Talib dipilih melalui kaedah pencalonan oleh sekelompok masyarakat. Tetapi secara konklusinya semua perlantikan ini adalah melalui proses syura atau musyawarah dan diperkukuhkan oleh upacara bai’ah. Bai’ah bermaksud perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin. Terdapat juga bai’ah yang disertai dengan nama Allah sebagai sokongan.

SOALAN 2: HURAIKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KHALIFAH
Khalifah ialah ketua negara yang mempunyai tugas memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan Al-Quran dan Sunnah.Khalifah menitikberatkan sistem politik,sosial dan ekonomi.Dalam bidang politik khalifah bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran negara termasuk mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh dan bertanggungjawab melantik, jika melucutkan jawatan pegawai pentadbiran negara.dalam bidang sosial,khalifah menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan akhirat.Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.,mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan sistem perundangan Islam.Selain itu,dalam bidang ekonomi pula,khalifah berperanan menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga baitulmal serta mengatur pungutan kharaj,jizyah dan zakat.

SOALAN 3: JELASKAN USAHA DAN SUMBANGAN YANG DILAKUKAN OLEH KHALIFAH ABU BAKAR SEMASA ZAMAN PEMERINTAHANNYA.
Khalifah Abu Bakar adalah khalifah yang pertama dalam sejarah Islam. Beliau merupakan khalifah yang bertanggungjawab dalam mengatasi masalah pepecahan yang melanda umat Islam selepas kewafatan rasulullah. Pepecahan ini adalah berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan al-riddah yang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat.
Abu Bakar juga adalah khalifah yang memperlihatkan keupayaan beliau dengan berjaya menangkis ancaman kuasa luar. Sebagai contoh,Parsi dan Rom Timur. As-siddiq ini juga telah membahagikan Tanah Arab kepada 10 bahagian bagi melicinkan lagi pentadbiran beliau. Di bawah pemerintahan Abu Bakar,tentera Islam juga telah diberi gaji. Abu bakar juga telah mengarah pengumpulan al-Quran dan ini adalah sumbangan terbesar oleh beliau. Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar telah digelar Penyelamat Dunia Islam.

SOALAN 4: MENGAPAKAH ZAMAN KHALIFAH UMAR DIANGGAP ZAMAN KEEMASAN KERAJAAN ISLAM DI MADINAH?
Zaman pemerintahan Khalifah Umar dianggap zaman keemasan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukan terutamanya dari aspek politik,sosial dan ekonomi.Sistem pentadbiran pada zaman tersebut sangat teratur dan berjalan dengan lancar.
Dalam bidang politik Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan dasar perlantikan pegawai.Pada zaman tersebut juga beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan muhajirin dan ansar .Beliau juga telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan telah melatik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbiran awam dan panglima tentera. Selain itu zaman ini dikenali sebagai zaman keemasan kerana Khalifah Umar telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatab Tentera,Jabatan Polis,Jabatan Percukaian,dan Jabatan Pembendaharaan Negara.Setaip jabatan tersebut juga diketuai oleh khatib atau setiausaha.
Dalam aspek sosial terutama pendidikan telah mengembangkan pengajaran Al-Quran dengan meyediakan tempat pembelajaran dikawasan masjid.Beliau juga telah memperkenalkan kalendar Islam seterusnya menjadikan pentadbiran pada zaman tersebut sanagat sistematik Khalifah Umar juga telah menyasun sistem ketenteraan berbentuk a tentera tetap dan tentera sukarela .Markas tetera juga telah dibina di Bandar-bandar utama .Dari aspek ekonomi beliau telah membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti empangan Abu Musa di Basrah dan terusan Amirul Mukminin di Mesir.rakyat juga telah digalakan meneroka tanah baru untuk pertanian disamping mengusahakan tanah terbiar.
Selain itu,sistem cukai juga diperkenalkan iaitu cukai Jizyah dan cukai Kharaj.Khalifah Umar telah memberi banyak sumbangan seterusnya telah mampu menjadikan zaman tersebut sebagai zaman keemasan kerajaan Islam di Madinah.

SOALAN 5: APAKAH USAHA DAN SUMBANGAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN SEPANJANG TEMPOH PEMERINTAHANNYA?
Khalifah Uthman bin Affan berasal dari Bani Umaiyah. Beliau ialah seorg hartawan yang dermawan, bersifat lembut, bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan memerlukan. Antara usaha dan sumbangan yang telah diberikan oleh beliau ialah beliau telah meluaskan wilayah Islam sehingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus, dan Tripoli.
Selain itu, beliau juga telah bertanggungjawab mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang dianggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga telah menyelaraskan bacaan (qiraat) ayat al-Quran di pelbagai wilayah. Selepas itu, beliau mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali Mushaf Utsmani.
Beliau juga telah membina jalan raya, jambatan, dan rumah rehat. Ini telah memudahkan para pengembara ketika mengembara. Khalifah juga telah mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara dan juga memperkuat angkatan tentera laut Islam dengan membeli peralatan senjata dan kapal. Akhir sekali, Jizyah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.

SOALAN 6: HURAIKAN FAkTOR-FAKTOR PENTING YANG MENDORONG PELUASAN KUASA ISLAM DIBAWAH PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAIYAH.
Antara faktor-faktor penting dalam peluasan kuasa kerajaan bani umaiyah ialah ketokohan dan kepintaran pemimpinnya.Selain itu,sistem pendidikan yang sistematik juga mendorong kepda peluasan kuasa.Kota Cordova yang mencapai taraf pelabuhan antarabangsa juga adalah salah satu faktornya.Pegawai kerajaan yang menjalankan tugas dengan baik.Selain itu jabatan ketenteraan yang ditubuhkan berfungsi dengan baik.Terdapat pasukan tentera darat dan laut untuk mempertahankan negara.

SOALAN 7: APAKAH SUMBANGAN PENTING KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG POLITIK DAN EKONOMI.
Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam politik dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran. Dalam sistem pentadbiran , terdapat 4 aspek utama. Yang pertama ialah sitem khalifah iaitu pelantikan khalifah sbg ketua pemerintah mengganti nabi Muhammad. Yang ke2 sistem wazarah , pelantikan wazir utk mengetuai sistem pentadbiran negara di kerajaan pusat, sementara gabenor dilantik utk mengetuai pentadbiran wilayah. Yg ke3 sistem urusetia yg membahagikan urusan pentadbiran kpd beberapa bahagian iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan,dan bahagian polis dan kehakiman. Yg ke4, sistem hijabah. Seorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah, dan pemegang amanah. Sistem pentadbiran dikukuhkan lagi dgn penubuhan 4 buah jabatan iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan am dan Jabatan urusan Cap Mohor Pemerintah.
Dalam sistem pemerintahan, Diwanul Jundi [Jabatan Ketenteraan] ditubuhkan utk pertahanan negara. Diikuti dgn angkatan laut dan angkatan tentera darat. Dalam aspek ekonomi sememangnya Bani Umaiyah mangutamakan hal kewangan. Mereka telah menubuhkan Baitulmal dan mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan pendapatan dan perbelanjaan negara . Sumber pendapatan kerajaan ialah kharaj [cukai tanah] , jizyah [cukai perlindungan] , zakat, usyur [cukai 1\10 hasil tani tuan tanah].dan ghanimah [harta rampasan perang].Pusat kegiatan ekonomi dilakukan di Cordova. Kegiatan ekonomi telah mengembangkan kemahiran membuat barangan tembikar serta perhiasan emas dan perak serta perusahaan kulit dan senjata. Pertanian menyumbangkan sedikit kemajuan kepada mereka yang mana penyelidikan dilakukan untuk benih yang bermutu dan pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan tanah.

SOALAN 8: HURAIKAN SUMBANGAN KERAJAAN BANI UMAIYAH DALAM BIDANG SOSIAL.
Antara sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial ialah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu iaitu Kota Basrah. Selain itu beberapa orang ilmuwan telah dilahirkan seperti Khalil Ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli nahu Arab) serta sasterwan seperti al-Farzdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia’h dan Jamil al-Uzri. Tambahan pula, Bahasa Arab dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Sumbangan Bani Umaiyah juga ialah tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan al-Quran yang memberi faedah kepada orang bukan Arab. Perkembangan ilmu agama pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz telah melahirkan tokoh seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri(hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran) serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin). Selain itu juga, sumbangan Bani Umaiyah dalam bidang sosial melibatkan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
Tambahan pula, buku rujukan pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan dalam bahasa Arab. Ibn al-Nafis telah menghasilkan buku al-Shamill fis Sina’ah al-Tabibiyah (kajian Umum Profesion Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Selain itu, perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan astronomi juga telah berkembang.
Dalam sistem perundangan, hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunnah atau jimak. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana aliran politik pemerintah. Seseorang hakim mesti adil dalam penghakimannnya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang yang diadili itu.

SOALAN 9: HURAIKAN MENGENAI LATAR BELAKANG DAN PEMBENTUKAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH.
Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah pada tahun yang sama. Pada mulanya gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah dan telah bergerak secara sulit, namun bermula dari zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dikendalikan secara terbuka. Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w. ) untuk mendapatkan sokongan. Mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah dan Humaimah sebagai pusat operasi. Gerakan ini diperkukuh dengan keanggotaan dua orang pahlawan besar, Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan Muslim al-Khurasani yang menjadi ketua di Khurasan.
Kerajaan Bani Abbasiyah ini mengambil nama sempena nama al-Abbas, iaitu nama bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Kerajaan ini juga mengamalkan pemerintahan bercorak sistem warisan atau sistem monarki, iaitu sistem berketurunan raja. Pada ketika Abu Jaafar al-Mansur memerintah, pusat pemerintahan telah diubah dari Damsyik ke Baghdad. Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258 M. apabila ibu kotanya ditawan oleh tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan.

SOALAN 10: HURAIKAN PERKEMBANGAN BIDANG INTELEKTUAL DALAM PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH
Kota Baghdad memainkan peranan penting sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu.Perkembangan keilmuan dilakukan melalui penulisan dan penterjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab dan Baitulhikmah yang diasaskan oleh khalifah Harun al-Rasyid berperanan sebagai institusi keilmuan.Kegiatan utama Baitulhikmah ialah menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya dari bahasa Yunani.Selain itu,kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap iaitu tahap pertama mencatat segala idea atau percakapan manakala tahap kedua pula ialah mengumpulkan idea yang serupa atau mengumpulkan hadis Nabi Muhammad S.A.W dan pada tahap ketiga pula ialah mengarang.
Perkembangan ilmu pengetahuan melibatkan golongan ulama yang menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah,tafsir,sejarah dan sebagainya.Pada zaman ini juga,terdapat pemisahan antara ilmu tafsir,ilmu sirah dan ilmu hadis.Selain itu,orang Islam pada zaman ini bukan sahaja menterjemah malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.Orana Islam memainkan peranan besar dalam berbakti kepada kebudayaan dunia iaitu memelihara warisan ilmu daripada lenyap.Selain itu,perubatan dan peranan pusat pengajian tinggi telah mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan sehingga kajian sarjana Islam telah tersebar ke Eropah.

SOALAN 11: HURAIKAN LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN KUASA ISLAM KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH
Kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki wujud selepas pemerintahan khalifah menjadi lemah pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah dan akhirnya berakhir apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol. Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai sebuah kerajaan kecil di barat Anatolia. Kerajaan ini berjaya menguasai kerajaan-kerajaan kecil yang lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah.
Kerajaan Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. Kejayaan Uthman menumpaskan tentera Byzantine menyebabkan ramai ghazi atau pahlawan bersatu di bawah pemerintahan Uthman dan bersama-sama meluaskan kawasan penaklukannya.
Selepas kematian Uthman, usahanya diteruskan oleh anaknya, Orhan I dan berjaya meluaskan kuasa ke kawasan Marmara, Pantai Aegean, Ankara dan Gallipoli. Usaha ini kemudiannya diteruskan oleh Murad I dan Bayezid I yang berjaya meluaskan kuasa ke kawasan Balkan selatan dan utara Bulgaria. Pada masa pemerintahan Mehmed II, beliau menjalankan dasar perluasan kuasa dan berjayan menwan Istanbul.
Empayar ini berterusan hingga ke awal abad ke-20 namun telah berlaku kemerosotan. Antara faktor-faktor kemerosotan ini ialah terdapatnya pemimpin yang lemah, keruntuhan sistem pungutan cukai, pemberontakan dan pertambahan penduduk yang sangat pesat sehingga tidak dapat dikawal.

SOALAN 12: HURAIKAN SUMBANGAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH DALAM BIDANG POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL.
Kerajaan Uthmaniyah telah bermula pada sekitar awal abad ke-14 dan berakhir pada awal abad ke-20.Sebelum ini tidak ada sebuah kerajaan Islam mampu bertahan selama hampir 600 tahun dan meliputi kawasan seluas kerajaan Uthmaniyah.Tempoh pemerintahan kerajaan Uthmaniyah yang berterusan ini telah membolehkannya membuat sumbangan yang besar.Kerajaan ini telah mewujudkan sebuah empayar yang merupakan sebuah kesatuan orang Islam di seluruh dunia.Istanbul juga telah dianggap sebagai pusat pentadbiran Dunia Islam. Apabila Sultan Selim 1 berjaya menguasai Makkah pada tahun 1517,kerajaan Uthmaniyah dilihat sebagai pelindung kepada umat Islam.
Suleiman 1 telah memperkenalkan sistem perundangan yang membela nyawa,harta dan kehormatan setiap individu tanpa mengenal bangsa dan agama.Undang-undang ini dikenali sebagai Kanun Suleiman. Kerajaan Uthmaniyah turut memberikan sumbangan besar dalam sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam. Jawatan seperti Kadi dan Mufti dijadikan sebagai sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam.Jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama telah diperkenalkan untuk mengeluarkan fatwa.Malahan koleksi fatwa yang dikeluarkan merupakan salah satu sumbangan utama kerajaan Uthmaniyah kepada agama dan sains undang-undang yang kekal dan digunakan hingga ke hari ini.
Sumbangan kerajaan Uthmaniyah kepada sector ekonomi banyak bergantung kepada kedudukan geografi Istanbul sebagai kota atau pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara Timur dan Barat serta antara Dunia Islam dan Dunia Bukan Islam.Jalinan perdagangan kerajaan Uthmaniyah yang besar meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah,Laut Merah,Laut Hindi dan Laut Mediterranean.
Kerajaan Uthmaniyah juga berperanan besar dalam perkembangan ilmu pengetahuan,Pendidikan,kebudayaan,penerbitan, dan penterjemahan.sistem pendidikan Uthmaniyah yang paling berpengaruh terhadap perkembangan pendidikan dalam dunia Islam ialah sistem madrasah. Selain sistem madrasah terdapat sistem pendidikan seperti sekolah pengetahuan akademik,sekolah sastera,maktab tentera,maktab teknik dan kolej perubatan. Salah satu sumbangan besar golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.Kerajaan Uthmaniyah telah menubuhkan perpustakaan di masjid,hospital,dan juga rumah.Salah satu sumbangan kerajaan Uthmaniyah yang berkekalan sehingga hari ini ialah seni bina terutamanya seni bina masjid.


SOALAN 13 : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG PROSES PENYEBARAN ISLAM KE EROPAH
Kerajaan Uthmaniyah terkenal dalam bidang ketenteraan , politik dan perluasan kawasan. Empayar kerajaan Uthmaniyah meliputi kawasan kira-kira 400000 batu persegi – dr . sungai Sava (utara) hingga Sungai Nil (selatan) dan dari Caucasus( timur) hingga pergunungan Atlas (barat) . Semasa peristiwa pemerintahan Murad 111 (1574-15950, satu unit tentera khas yg dikenali sbg Janissan tlh ditubuhkan . Bilangan ahli kumpulan ini semakin meningkat kepada 54000 pada zaman kegemilangannya . Kumpulan Janissari ialah kumpulan infantri elit yg sgt terlatih terutamanya selok-belok dantaktik serta teknik peperangan .
Di antara faktor kejayan penyebaran Islam ke Eropah ialah pegangan akidah yg kukuh dan akhlak yg tinggi di kalangan penganut agama Islam . Selain itu, tentera Islam semasa zmn Uthmaniyah mempunyai semangat ghazi , iaitu semangat kepahlawanan yg tidak gentar berkorban jiwa demi penyebaran agama Islam . Kelemahan dan kejatuhan kerajan Byzantine turut memberi laluan kepada penyebaran Islam , terutama di kalangan masyarakat Balkan . Keadaan polotik yg tidak stabil di Eropah , akibat pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan –kerajaan kecil tlh membantu dan memudahkan penyebaran Islam di Eropah .
Dasar sosial Islam adalah berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan . Keadan ini berbeza dgn masyarakat kristian yg menitikberatkan latar belakang keturunan . Kerajaan Uthmaniyah turut membina sekolah , hospital dan kawasan perdagangan utk kepentingan rakyat .

SOALAN 14: JELASKAN CARA-CARA PERTEMBUNGAN YANG BERLAKU ANTARA TAMADUN ISLAM DANTAMADUN LAIN DI DUNIA
Islam sebenarnya telah bertembung dengan tamadun lain didunia melalui pelbagai cara.Antara cara yang digunakan ialah perdagangan dan perniagaan.Nabi Muhammad s.a.w.pernah melihat tamadun kristian sewaktu berniaga di Syam(Syria).Perdagangan jrak jauh laut juga menjadi alat pertembungan utama tamadun dimana seawal akhir abad ke-7, orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton,China.Pertembungan juga berlaku melalaui hubungan diplomatik .Contohnya,semasa kerajaan Bani Umaiyah,sekumpulan peneroka Islam dihantar ke utara selat Gibraltar, selatan Sepanyol untik mempelajari cara kehidupan,keagamaan,ekonomi,pentadbiran,dan sebagainyasecara aman antra orang Islam dengan orang bukan Islam.Seterusnya pertembungan berlaku melalui penaklukan dan ketenteraan.Ini berlaku apabila tentera Islam menguasai Iran dan Iraq,tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Parsi.Tentera Islam juga telah menakluk Mesir dan Afrika Utara dimana Islam telah bertembumg dengan tamadun Rom,iaitu empayar Byzantine.
Melalaui kebudayaan tamadun Islam dan tamadun lain,contohnya kemasukan Islam ke Sepanyol telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama di Sepanyol semas zaman Umaiyah yang berpusat di Cardova.Pada masa ang sama juga lahir golongan Mozarab(orang tempatan beragama kristian)yang mengamalkan kebudayaan Islam dan di Selatan Arab.Terakhir sekali adalah melalui cara pertembungan intelektual anatara ahli fikir Islam dengan bukan Islam.Kegiatan perniagaan di Eropah telah membawa keuntungan kepada para intelek Islam .Para ilmuan Islam juga berjaya mendalami dam mengembangkan ilmu tamadun Eropah menurut pandangan intelektual Islam.

SOALAN 15: APAKAH KESAN PERTEMBUNGAN ANTARA ANTARA TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN LAIN DI DUNIA DARI SEGI POLITIK.
Sebelum penyebaran agama Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W, telah wujud tamadun lain di dunia seperti tamadun Indus dan Mesopotamia.Tamadun Islam yang lahir yang lahir daripada perkembangan agama Islam telah bertembung dengan tamadun dunia yang lebih awal ini antaranya dalam bidang politik.
Dari segi politik, kesan pertembungan ini telah melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam eperti kerajan Delhi Mughal di India. Masyarakat Islam juga wujud di China secara berkekalan walaupun kerajaan Islam tidak wujud di sana. Walaupun mempunyai perbezaan dari segi institusi dan orgnisasi, kerajaan Islam seperti Umaiyah, Abbasiah dan Uthmaniah tetap mengamalkan sistem kerajaan pusat yngt kuat.Walaupun sistem pemerintahannya berbeza, terdapat persman dri egi politik, iaitu berteraskan akidah dan syariah.
Kesimpulannya, perkembangan kerajaan Islam telah memberikan pelbagai kesan positif terhadap tamadun ilam serta tmadun-tamadun lain lain. Kemurnian ajarannya membolehkan umat Islam terus berkembng dan menguasai politik tamadun-tamadun lain.

SOALAN 16: PERKEMBANGAN ISLAM DI EROPAH TELAH MEMPENGARUHI PROSES PERKEMBANGAN KEBUDAYAAN DAN INTELEKTUAL MASYARAKATNYA. BINCANGKAN
Dari segi kebudayaan, orang Islam dapat mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan membangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja kepada pendidikan agama tetapi juga kepada bidang sains,matematik, dan teknologi.Pada zaman Abbasiyah para pelajar yang mengambil pendidikan agama juga diwajibkanmengambil matapelajaran lain iaitu ilmu mantik,matematik.geografi,sejarah, sains fizikal dan biologi.Selain itu orang Islam juga dapat mempengaruhi tatatertib kehidupan harian masyarakat melalui cara berfikir,berpakaian,,bertutur,berdagang dan berpolitik.Pada zaman pemerintahan Umaiyah di sepanyol orang bukan Islam telah mengamalkan cara hidup Islam seperti bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian seperti orang Islam.
Dari segi intelektual pula , proses perkambangan penterjemahan orang Islam telah dipertingkatkan lagi dengan penubuhan sebuah perpustakaan iaitu baitulhikmah yang ditubuhkan oleh Khalifah harun al-Rasyid.Dalam bidang matematik dan astronomi sumbangan cendikiawan Islam seperti al-Khawarizmi dan al-Battani sangat penting dalam perkembangan intelektual dunia.Dalam bidang pemikiran politik dan undang-undang,cendekiawan Islam juga turut memberikan sumbangan.Tulisan cendekiawan ini telah memberi kesan yang mendalam terhadap perkembangan pemikiran politik dan undang-undang orang Islam dan bukan Islam.Dalam bidang ilmu mantic dan falsafah cendekiawan Islam seperti Ibnu sina,al-Kindi dan ibnu Rushd telah memberi kesan terhadap perkembangan pemikiran ussuludin,falsafah sains, pemikiran kritis dan kesedaran agama.
Kesimpulannya,keilmuan Islam telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Eropah dari aspek pemikiran,sistem politik dan sosial.Akhirnya masyarakat Eropah dapat keluar dari zaman Gelap dan mempengaruhi perkembangan sejarah Eropah seterusnya,contohnya Revolusi Perindustrian.

SOALAN 17 :HURAIKAN SUMBANGAN TOKOH INTELEKTUAL ISLAM KETIKA ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM DARI ABAD KE-8 HINGGA KE-13 M
Zaman kemuncak kegemilangan Islam berlangsung antara abad kelapan hingga ke masa keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada tahun 1258 M.Zaman ini telah melahirkan para cendekiawan Islam dalam setiap bidang keilmuan.Dalam ilmu perubatan, Zakaria Al- Razi (865-925M) telah menyumbangkan kepentingan perubatan klinikal dan telah menghasilkan lebih daripada 20 karya termasuklah kitab Al-Hawi,sebuah ensiklopedia perubatan.Beliau juga merupakan penterjemah utama hasil karya Galen.Al-Zahrawi (936-1013M)pula merupakan orang yang sangat arif dalam kajian perubatan dan farmasi.
Dalam biddang matematik dan astromi,al-Khawarizmi,al_Battani,Abu Ishaq al-Biruji dan al-Bitruni sangat penting terhadap perkembangan intelektual dunia.Dalam bidang pemikiran politik dan undang-undang,al-Farabi(950M) al-Miskawayh dan al-Mawardi telah memberikan sumbangan yang besar terhadap peradaban dunia.Mereka telah menghasilkan beberapa karya yang penting dan telah memberi kesan yang mendalam terhadap bidang ini.
Dalam bidang ilmu mantik dan falsafah,Ibn Sina,al- Kindi,Fakhr al Din,al-Razi,Ibn Rush dan Imam Al-Ghazali telah memberi kesan mendalam terhadap pemikiran usuluddin,falsafah sains,pemikiran kritis dan kesedaran agama.Dunia kesusasteraan Islam juga telah melahirkan cendekiawan Islam.Omar Khayyum yang menulis Ruba’iyah,al-Jahiz yang terkenal dengan kitab Bayan.Jalal ad-Din Rumi pula banyak menghasilkan puisi yang bertemakan ketuhanan.Terda[pat juga pemuisi wanita iaitu Rabi’ah al-Adawiah yang banyak menghasilkan puisi yang bertema ketuhanan dan hubungan antara manusia dengan tuhan.
Antara pengembara yang dikenali ramai ,Ibn Batutta (1304-1377M) yang mengembara ke China,India dan Afrika.Pengembara lain ialah al-Mascudi(945M)yang mengembara ke China,Parsi,India dan Timur Afrika.Ibn Fahdlan pula telah mengembara ke utara Eropah pada abad ke 12.

No comments: