Wednesday, September 10, 2008

Soalan dan Jawapan Tutorial Tingkatan 4, Bab 8

PEMBAHARUAN DAN PENGARUH ISLAM DI MALAYSIA
SEBELUM KEDATANGAN BARAT

Soalan1: Nyatakan kesan kedatangan islam terhadap politik di Tanah Melayu dari aspek pentadbiran.
Sistem pemerintahan yang diamalkan di tanah melayusebelum kedatangan islam ialah institusi pemerintahan beraja yang dipengaruhi oleh tradisi hindu-buddha yang dikenali konsep dewa-raja.Selepas kedatangan Islam,golongan raja telah mula menitik beratkan konsep-konsep islam.Sebagai contoh istilah raja telah ditukar kepada istilah sultan.Sultan kini juga dianggap zillulah fil-ardh dan fillulah fil-alam yang bermaksud bayangan atau wakil allah di muka bumi.Gelaran seperti khalifatul mukminin yang bermaksud pemimpin orang mukmin turut digunakan seperti di Melaka dan Pahang.Untuk meningkatkan kedudukan seseorang sultan ,tokoh-tokoh islam seperti Iskandar Zulkarnain dijadikan asas nasab keturunan sultan.Golongon ulama juga mempunyai hubungan yang erat dengan sultan kerana mereka merupakan penasihat sultan dalam hal keagamaan,pemerintahan dan pentadbiran.
Dikebanyakan negeri-negeri Melayu, sultan merupakan orang yang paling berkuasa dan baginda dibantu oleh pembesar berempat (bendahara, temenggung, laksamana, bendahari dan temenggung). Selain itu, terdapat pembesar berlapan, pembesar enam belas dan pembesar tiga puluh dua. Di Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih, pemerintahnya ialah Yang Di-Pertuan Besar. Dalam masyarakat Melayu, institusi kesultanan berkait rapat dengan konsep daulat. Konsep ini walaupun tidak wujud secara bertulis, namun dipegang sebagai sesuatu yang dipercayai kebenarannya dan menjadi pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah. Konsep ini Berjaya mengangkat kedudukan seseorang raja atau sultan ke tahap yang begitu tinggi dan ia Berjaya menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi kesultanan. Kedaulatan seseorang sultan juga dapat digambarkan melalui istiadat seperti istiadat pertabalan sultan yang dijalankan dengan penuh tertib dan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Soalan 2: Terangkan kesan kedatangan Islam terhadap politik di Tanah Melayu dari segi perundangan
Sistem perundangan amat penting untuk menjamin keharmonian hidup. masyarakat Dari peraturan tingkah laku digubal menjadi undang-undang.Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu bertulis dan tidak bertulis.Undang-undang tidak bertulis juga dikenali sebagai adat.Adat terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih(Negeri Sembilan dan Naning) dan Adat Temenggung(negeri-negeri lain).Dalam Adat Perpatih musyarawah asas dalam pentadbiran dan penyelesaian masalah yang dihadiri oleh perwakilan semua suku.Terdapat 12 suku yang dianggap keluarga yang besar dan diketuai oleh ketua dat yang dikenali sebagai Lembaga.Ketua di pelbagai peringkat dilantik oleh ketua kumpulan peringkat bawah.Adat ini diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang dari Pagar Ruyung,Sumatera.Adat ini juga bersifat matrilineal iaitu keturunan yang lebih mengutamakan jurai keturunan ibu iaitu anak perempuan diberi hak mewarisi harta. Adat Temenggung pula berasaskan system parilineal yang mementingkan sebelah keturunan bapa iaitu anak lelaki lebih diutamakan dalam pembahagian hartanya pusaka.Ini bertepatan dengan hukum faraid dalam Islam.Setiap individu bebas berkahwin dengan sesipa..Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan dari Palembang,Sumatera.Pada mulany dipengaruhi ajaran Hindu kemudian bersesuian dengan ajaran Islam.
Undang-undang bertulis adalah peraturan atau hukum dalam sesebuah masyarakat seperti Hukum Kanun Melaka.Orang Melayu berpegang pada perundangan yang berasal daripada agama Hindu-Buddha sebelum kedatangan Islam.perundangan Hindu berpegang pada Hukum Kanun Manu yang membezakan jenis hukuman berdasarakan kelas seseorang itu.islam mengubah hal ini,undang-undang bertulis diperkenalkan seperti Undang-umdang Pahang, Undang-undang kedah dan sebagainya..semua kitab ini menjadi pencorak pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.Hukum Kanun Melaka misalnya menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar,pantang larang dalam masyarakat dan permasalahan ibadah.kesan daripada kekuatan islamdapat dipaparkan melalui fasal-fasal tersebut..undang-undang bertulis ini menjadikan masyaraakt lebih tersusun kerana segala perlakuan,tanggungjawab serta hukuman tengtang kesalahan telah ditentukan.namun semua undang-undang ini mengecualikan raja atau sultan yang melambangkan kebesaran mereka dalam kerajaan.

Soalan 3: Nyatakan pengaruh Islam terhadap sosiobudaya masyarakat Tanah Melayu dalam aspek pendidikan.
Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah membawa kesan terhadap cara hidup atau budaya masyarakat Tanah Melayu terutamanya dalam aspek pendidikan. Islam telah mempengaruhi dua bentuk pendidikan dalam masyarakat Melayu iaitu pendidikan formal dan pendidikan tidak formal.
Pendidikan tidak formal merupakan pendidikan awal iaitu asuhan dalam keluarga. Pendidikan ini menekankan nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian. Pembelajaran ini berlaku pada peringkat keluarga dan menekankan pengajaran nilai-nilai moral serta pembelajaran melalui penglihatan, pendenagran dan pemerhatian. Ibu bapa juga mengajar anak-anak tentang hal-hal yang berhubung dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap bersopan santun, cara berkawan, dan menjaga maruah. Pendidkan melalui kaedah bercerita yang turut menerapkan nilai-nilai budaya yang murni merupakan kaedah yang paling berkesan dan digemari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak turut mempelajari pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan social. Selain itu, pendidikan ini juga diberikan menerusi pantun, peribahasa dan teka-teki.
Pendidikan formal pula mengaitkan pendidikan keagamaan secara langsung atau melalui perantaraan institusi yang tertentu. Pendidikan ini tidak terhad kepada golongan atasan sahaja. Pendidikan ini dilaksanakan di institusi formal seperti istana, masjid, rumah, surau, madrasah dan pondok. Selain itu, pendidikan formal juga berlangsung di rumah atau di rumah tok guru yang menekankan pengajaran al-Quran. Jika di istana, sultan berminat dalam perkembangan Islam. Hal ini jelas dilihat apabila kitab tassawuf al-Dur al-Manzum diarak ke istana. Istana juga berfungsi sebagai tempat menyimpan buku, tempat perbincangan soal agama, dan pentadbiran. Di samping itu, tempat-tempat seperti surau dan masjid diajar fikah, takwid, usuluddin dan hadis dengan tahap yang tinggi. Pondok pula memberi pendidikan untuk menyediakan pelajar sebagai guru agama. Akhir sekali, madrasah yang mempunyai sukatan pelajaran dan dilaksanakan secara kelas.

Soalan 4: Jelaskan pengaruh islam terhadap sosiobudaya masyarakat Tanah Melayu dalam aspek pendidikan.
Pengaruh islam paling ketara ialah tulisan jawi. Tulisan ini diterima oleh orang melayu dan kemudian telah menjadi saluran utama untuk pembacaan dan penulisan. Seterusnya tulisan ini menjadi hak milik orang melayu.Pembendaharaan kata bahasa melayu juga bertambah dengan bertambahnya istilah baru yang berasal daripada bahasa arab atau al-quran.Kemudian tersebar pula istilah untuk bidang lain khasnya dalam cabang ilmu islam. Kesusasteraan turut berkembang kerana kesusasteraan yang terawal hanya merangkumi kepercayaan tentang kejadian alam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan, binatang.
Penulisan karya turut berkembang dan terbahagi kepada bentuk prosa dan puisi seperti hikayat Nabi Muhammad s.a.w dan hikayat Nabi-Nabi lain. Terdapat cerita tentang para sahabat dan hikayat Muhammad Ali Hanafiah menjadi karya yang penting dan disimpan di istana Melaka. Perbendaharaan persuratan Melayu telah berkembang dengan terkarangnya karya-karya tersebut serta terhasilnya hikayat saduran bercorak arab parsi.

Soalan 5: Huraikan pengaruh Islam terhadap perkembangan kesenian masyarakat Tanah Melayu pada abad ke-15 dan 16
Kesenian berasal daripada perkataan seni yang membawa maksud sesuatu yang indah dan menyenangkan samada kapada penciptanya atau penatapnya.Pembabitan seni di Malaysia masih dalam lingkungan tradisi hindu-Buddha. Seni bina di Malaysia terbahagi kepada beberapa bidang.Bidang seni bina di Malaysia memaparkan pengaruh hindu-buddha yang sangat ketara seperti penemuan candi-candi di lembah bujang.Selain seni bina,hasil ukiran dan arca seperti avalokitesvara yang ditemui di lembah bujang juga menunjukkan pengaruh India yang sangat ketara.Kedatangan Islam telah mengubah senario ini apabila bidang kesenian mula dikaitkan dengan agama tersebut.Hasil seni selepas kedatangan islam merupakan gabungan antara elemen keagamaan dengan kehalusan seni tempatan.Antara binaan pertama dalam masyarakat islam termasuklah masjid.Ianya mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, telaga, mimbar, dan bumbung yang khusus.Ketinggian cita rasa seni orang melayu turut dipaparkan melalui binaan rumah dan istana.Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan balairung, tempat persemayaman diraja, balai istiadat dan seumpamanya.Keindahan senibina ini dapat dilihat pada Istana Melaka. Bukan itu sahaja,hiasan dalaman seni ukiran melengkapi setiap binaan.Sebelum kedatangan islam,motif ukiran adalah berdasarkan binatang. Namun kedatangan islam telah mengubah motif ukiran ini kepada motif tumbuh-tumbuhan , bunga-bungaan dan goemetri.
Orang Melayu juga prihatin terhadap kesenian epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan.Batu bersurat Terengganu boleh dilihat sebagai stu hasil seni terutamanya dari sudut seni tulisannya.Seni tulisan dalam Islam dikenali sebagai khat atau kaligrafi. Jenis Tulisan yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi dan nasakh.Kegiatan seni persembahan tetap diteruskan selepas kedatangan islam dengan penyesuaian berasaskan agama. Malahan kean kedatangan islam menyebabkan pengaruh dari asia barat turut berkembang dalam cabang kesenian ini.Antara nyanyian yang pnting danketara menerima pengaruh Islam ialah nazam atau naban.Nazam berbentuk syair yang mengisahkan riwayat nabi Muhammad, para nabi Allah dan para Sahabat.Di negeri Johor pula berkembang kesenian Ghazal iaitu jenis puisi Arab yang memuji –muji kebesaran islam.

Soalan 6: Bagaimanakah Islam berperanan dalam perubahan gaya hidup masyarakat di Tanah Melayu
Islam memainkan peranan yang penting dalam perkembangan dan perubahan gaya hidup di Tanah Melaya. Antaranya,perubahan istiadat pemerintahan. Dalam pertabalan raja, kandungan bacaan cirri dimansuhkan manakala bacaan ikrar diteruskan kerana ia menyerupai bai’ah. Pelantikan pengganti sultan sebelum istiadat pemakaman itu ditiru daripada kerajaan Bani Umaiyah. Dalam aspek perubahan akhlak rakyat, islam menyebabakan umatnya amat menghormati ibubapa, menganggap jiran seperti keluarga, memberi panggilan pangkat seperti Pak Long atau Mak Long dan orang muda perlu bercakap dengan orang yang lebih tua menggunakan nada suara yany rendah sebagai tanda menghormati.
Seterusnya, adab menziarahi diamalkan dalam kalangan masyarakat. Seseorang perlu member salam dan tuan rumah wajib menjawab salam, kemudian bersalam, kanak- kanak menium tangan orang yang lebih tua, tetamu dilayan dan dihormatidengan hidangan makan dan minium dan bacaan Bismilllah dimulakan untuk menjamu makan dan minum. Majlis perkahwinan , berkhatan dan berkhatam Al- Quran juga diadakan mengikut syariat Islam. Majlis seperti ini menekankan nilai gotong- royong, bekerjasama dan perpaduan masyarakat yang akan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesama Islam

Soalan 7: Huraikan kesan pengaruh Islam dalam bidang perdagangan kepada penduduk Tanah Melayu.
Pada abad ke 12 hingga 18 aktiviti perdagangan membabitkan Lautan Hindi dan Laut china selatan yang didominasi oleh pedagang islam.perkembangan pesat sektor pedagangan berkait rapat dengan saranan islam yang menegaskan aktiviti ini sebagai sumber rezeki yang besar. Contohnya Nabi Muhammad s.a.w. terbabit dengan sektor perdagangan sewaktu hayat baginda didunia ini. Perdagangan juga merupakan satu saluran penting memesatkan proses pengislaman di Tanah Melayu (alam melayu)
Pada abad ke 15, Melaka sebagai pusat perdagangan yang sangat penting. Walaupun tidak banyak mengekluarkan barang seperti rempah ratus yang mendapat permintaan tinggi, namun kedudukan strategik Melaka membantu perkembangan perdagangan. Jawatan laksamana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
Undang-undang laut Melaka digubal sebagai landasan dalam hal ehwal berkaitan tugas-tugas nahkhoda, jurumudi, dan seumpamanya. Kepesatan perdagangan dibuktikan melalui paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka. Sistem sukat dan timbang dibawah pengawasan syahbandar peratusan sistem timbang dan sukat berasaskan sistem tahil dan kati. Antara barangan yang ditimbang dalam sistem ini termasuklah emas, Perak ,bahan wangian, batu permata dan sebagainya.untuk menimbang rempah ratus seperti lada, buah pala, bunga cengkih ,bunga lawang dan sebagainya, sistem bahara diwujudkan.satu bahara dikitira sebagai bersamaan dengan 205 kati.
Timbangan dilakukan menggunakan dachin(dacing).dua kaedah digunakan di Melaka iaitu kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli.kejatuhan melaka kepada portugis tidak meruntuhkan semangat pedagang melayu. Sebaliknya aktiviti operdan=gangan diteruskan dengan menjadikan kerajaan johor sebagai pusat dan tunjang kekuasaan Malayu . Negeri kedah Kelantan dan Terengganu telah menjadi pusat perdagangan yang penting sepanjang abad ke 17 dan ke 18.

Soalan 8: Jelaskan perkembangan penggunaan mata wang dalam sIstem perdagangan masyarakat Tanah Melayu.
Dalam urusan perdagangan dan jual beli, mata wang telah digunakan sebagai perantaraan nilai barang. Ini telah memudahkan urusan tersebut dan menjadi alternative lain selain barter. Mata wang dari timah digunakan di negeri Melayu dalam bentuk bulat yang beratnya ialah satu tahil atau kati. Selain itu, nama sultan dan tarikh Islam dicatat padanya.
Di Melaka, mata wang di pasai, Hormuz dan Cambay digunakan dan boleh ditukar dengan mata wang tempatan. Di Johor, ia dikenali sebagai katun dalam bentuk bulat atau segi enam. Ia tidak ada tarikh, namun ada tulisan jawi / Arab seperti Malik. Di Kedah, ia digunakan untuk kegunaan tempatan yang berbentuk seperti ayam jantan di atas beberapa cincin. Mata wang ini boleh dipatahkan dan digunakan berasingan.
Mata wang emas jug adigunakan di Kedah dan Johor pada abad ke-16. Ia digunakan di Kelantan dan dikenali sebagai Kijang kerana ada kijang di atasnya. Di Johor, ia dikenali sebagai kupang dan mengandungi 10 gram emas. Nama dan pangkat sultan yang mengeluarkan dan serta gelaran ditulis padanya. pedagangEropah menggunakan wang perak, manakala matawang emas atau emas digunakan oleh India, China, dan Arab.

Soalan 9: Nyatakan kesan kedatangan Islam terhadap pelaksanaan system percukaian di Tanah Melayu
Cukai menjadi sebahagian daripada sumber pendapatan kerajaan dan disalurkan kembali untuk pembangunan Negara.Selain itu,perkembangan aktiviti perdagangan memesatkan bidang percukaian.Tambahan pula,sebagai contoh di Melaka,para pedagang diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan perniagaan dijalankan.Terdapat beberapa jenis cukai di Melaka seperti cukai tetap(cukai import)yang jumlahnya ditetapkan oleh pemerintah.Pedangang dari india,Ceylon,tanah arab,siam dan pegu dikenakan cukai sebanyak 6% daripada jumlah barangan yang dibawa.Pedagang dari china da jepun dikenakan sebanyak 5%.Pengecualian dari cukai adalah seperti barangan makanan dan juga beras.Orang asing yang menetap di Melaka juga dikenakan cukai.orang asing yang dating dari kepulauan melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3%.orang asing lain pula dikenakan cukai diraja sebanyak 6%.riba diharamkan tetapi bagi golongan ceti yang member pinjaman wang masih dibenarkan.golongan kaya dan berkemampuan pula dikehendaki membayar zakat harta.kutipannya disimpan di baitulmal bagi digunakan untuk kepentingan dan kemakmuran Negara serta bantuan kepada yang memerlukannya.

No comments: